Bahasa: Lain-lain

Rancang Kerjasama Bersama Kerajaan Sarawak, Usaha MEDAC Perhebat Bidang Keusahawanan

 

KUCHING: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak untuk memperhebatkan pembangunan keusahawanan di Sarawak.

Menterinya Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kementeriannya akan mengadakan perbincangan dengan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga merupakan Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah mengenai pembangunan keusahawanan yang melibatkan pertanian di Sarawak dalam masa yang terdekat.

“Jadi, kita belum lagi mengadakan perbincangan secara terperinci, in sha allah pada dua minggu yang akan datang kita akan mengadakan satu perbincangan di antara Kementerian saya dengan Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah dan Timbalan Ketua Menteri Sarawak.

“Ia adalah untuk berbincang mengenai beberapa perkara berhubung pembangunan keusahawanan yang terlibat ataupun agro keusahawanan yang juga salah satu daripada sasaran kita untuk membangunkan industri pertanian yang melibatkan keusahawanan.

“Usahawan tersebut termasuk lepasan universiti yang mungkin tidak bekerja, dan mahu terlibat dengan usahawan pertanian, belia-belia menganggur dan tidak ada kerja, yang mahu untuk berubah dan mencari pekerjaan, untuk terlibat dengan industri pemakanan khususnya dalam bidang pertanian,” katanya pada satu sidang media selepas menghadiri Taklimat, Penyerahan Bantuan Pinjaman TEKUN CBRM dan Bantuan SKM di sini, Sabtu.

Katanya lagi, perbincangan bersama Kerajaan Sarawak turut melibatkan bidang perikanan dan penternakan.

“Jadi ada tiga perkara pokok dan kita akan berbincang di antara Kementerian saya dengan Kerajaan Sarawak menerusi Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Oleh kerana kita hendak mempertingkatkan sumber makanan kita dalam konteks Kerajaan Pusat dan pengeluaran sebagai hub pengeluar makanan nasional. Sarawak bangunkan hub pertanian secara besar-besaran bagaimana yang dikehendaki Kerajaan Negeri dan ilham oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak dan semalam pun saya telah berbincang dengan beliau selepas mesyuarat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) semalam,” ujarnya lagi.

Wan Junaidi hari ini telah mengadakan satu perjumpaan bersama semua Ketua-ketua Agensi MEDAC iaitu Bank Rakyat, TEKUN Nasional, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Institut Koperasi Malaysia, SME Bank, SME Corp dan Perbadanan Nasional Berhad bagi merungkai isu dan permasalahan tempatan yang dialami oleh usahawan-usahawan di Sarawak.

Pada hari ini juga, beliau telah menyampaikan bantuan sejumlah RM540,000 untuk membantu meringankan beban usahawan dan koperasi di Sarawak.

Sebanyak RM200,000 adalah untuk Pembiayaan Tabung Modal Pusingan Jabatan Pembangunan Koperasi (TMP-JPK), RM240,000 adalah untuk Bantuan Pembangunan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Manakala Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro (CBRM) TEKUN Nasional yang bernilai RM100,000 pula kepada usahawan di Sarawak.

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI