Bahasa: Lain-lain

9,502 peniaga kecil di Kedah terjejas akibat COVID-19

ALOR SETAR, 26 Ogos -- Seramai 9,502 peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Kedah terjejas akibat pandemik COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Mohd Firdaus Ahmad berkata jumlah itu dikemukakan menerusi laporan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sehubungan itu, katanya kerajaan negeri melaksanakan beberapa inisiatif untuk membantu peniaga berkenaan, antaranya pelaksanaan moratorium bayaran balik Skim Pinjaman Mikro Kredit Negeri Kedah selama enam bulan kepada 20 usahawan yang layak.

“Selain itu, seramai 130 permohonan baharu telah diterima dan sedang diproses bagi Skim Pinjaman Mikro Kredit Pasca-COVID-19,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (Bebas-Jitra) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini hari ini.

Mukhriz ingin tahu inisiatif dilaksanakan kerajaan negeri untuk membantu usahawan PKS dan penjaja kecil bagi memajukan semula perniagaan mereka dalam tempoh pasca-COVID-19 selain ingin tahu jumlah usahawan dan penjaja terjejas serta mereka yang telah dibantu.

Mohd Firdaus berkata kerajaan negeri juga memberikan insentif Geran Dana Teraju berjumlah RM3,000 kepada 27 usahawan yang layak melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM81,000.

Beliau berkata penyewa premis milik PBT turut diberikan pengurangan sehingga 50 peratus kadar sewaan ruang niaga di seluruh daerah yang dapat memberikan faedah kepada semua peniaga terbabit.

“Juga ada pengecualian bayaran denda lewat lesen sepanjang tempoh pelaksanaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

“Pengecualian bayaran sewa selama tiga bulan juga dilaksanakan untuk penyewa premis-premis PKNK (Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah) termasuk Halal Park, Ukir Mall, lot kedai Central Square, lot industri Bukit Kayu Hitam dan lain-lain,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI