Bahasa: Lain-lain

9,502 peniaga PKS Kedah terjejas akibat Covid-19

Mohd Firdaus Ahmad

 

ALOR SETAR - Seramai 9,502 peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Kedah terjejas akibat penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Exco Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Mohd Firdaus Ahmad berkata, data itu diperoleh menerusi laporan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurutnya, manakala kaji selidik yang dijalankan oleh SME Corporation Malaysia mendapati 97.9 peratus daripada responden menyatakan perniagaan mereka mengalami kerugian sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sehubungan itu, kerajaan negeri melaksanakan beberapa inisiatif membantu peniaga berkenaan, antaranya pelaksanaan moratorium bayaran balik Skim Pinjaman Mikro Kredit Negeri Kedah selama enam bulan kepada 20 usahawan yang layak,” katanya, ketika menjawab soalan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (Bebas-Jitra) berhubung inisiatif kerajaan negeri membantu usahawan PKS dan penjaja kecil dalam tempoh pasca Covid-19, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini hari ini.

Mohd Firdaus berkata, pihaknya turut melaksanakan Skim Pinjaman Mikro Kredit Pasca Covid-19 dan sebanyak 130 permohonan baharu telah diterima dan sedang diproses.

“Kerajaan negeri juga memberikan insentif Geran Dana Teraju berjumlah RM3,000 kepada 27 usahawan yang layak melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM81,000,” katanya.

Menurutnya, usaha lain termasuk mengurangkan kadar sewa ruang niaga di semua daerah sehingga 50 peratus serta pengecualian bayaran denda lewat lesen sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

“Pengecualian bayaran sewa selama tiga bulan juga dilaksanakan untuk penyewa premis-premis Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), termasuk Halal Park, Ukir Mall, lot kedai Central Square, lot industri Bukit Kayu Hitam dan lain-lain,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/98375/KHAS/Koronavirus/9502-peniaga-PKS-Kedah-terjejas-akibat-Covid-19
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI