Bahasa: Lain-lain

MEDAC giat laksana insiatif pendigitalisasi PKS

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui agensinya seperti Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), SME Corp. Malaysia (SME Corp) dan Institut Koperasi Malaysia (IKM) kini memperkukuhkan usaha bagi meningkatkan jumlah penyertaan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam platform pendigitalan.

Menteri MEDAC, Datuk Seri Wan Junaidi berkata, kementeriannya telah menyediakan pelbagai kursus dan program berkenaan pendigitalan perniagaan kepada usahawan-usahawan yang berminat untuk mengembangkan perniagaan atau bertukar konsep perniagaan sedia ada kepada platform e-dagang.

“Sebagai contoh, SME Corp. telah menjalankan tiga buah program iaitu Micro Connector, Women Netpreneur dan Micro Connector.

“Warong Rider di bawah Micro Connector merupakan platform servis penghantaran makanan dan barangan yang dapat membantu golongan belia, peniaga dan penjaja kecil di seluruh Malaysia bagi memasarkan pelbagai produk di kawasan setempat.

“Manakala sesi bengkel Women Netpreneur membantu dan menggalakkan golongan wanita untuk menjalankan perniagaan dalam talian.

“Bagi Micro Connector pula, sehingga kini sebanyak 201 syarikat mikro telah mendapat manfaat melalui latihan penggunaan applikasi digital dalam operasi perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Wan Junaidi turu menggesa kementerian dan semua agensinya untuk memikirkan, meneliti inisiatif baru dan melaksanakan program-program tambahan bagi membantu serta meningkatkan lagi jumlah usahawan e-dagang.

“Untuk mengadaptasi ekonomi digital secara menyeluruh, PKS mesti melakukan kejuruteraan semula perniagaan dengan memastikan strategi, proses dan infrastruktur perniagaan mereka sejajar dan bersepadu untuk menyokong transformasi digital,” ujarnya.

-NIAGATIMES

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI