Bahasa: Lain-lain

MEDAC bertanggungjawab cepatkan penerapan e-dagang

KUCHING: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui SME Corp. Malaysia telah dipertanggungjawabkan sebagai peneraju salah satu teras di bawah Pelan Halatuju Strategik e-Dagang Kebangsaan (NESR) yang bertujuan mempercepatkan penerapan e-dagang dalam kalangan usahawan.


Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar) bagi tempoh 2016 sehingga 31 Mei lalu, sebanyak 322, 834 PKS telah menyertai platform e-dagang manakala sebanyak 171,776 PKS telah menghadiri latihan melalui pelbagai program daripada rakan strategik e-dagang, persatuan dan agensi kerajaan.“Sektor ICT menyumbang sebanyak RM 267.7 billion atau 18.5 peratus kepada komponen keluaran dalam negeri kasar (KDNK) bagi tahun 2018, “Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh SME Corp. Malaysia mengenai adaptasi ICT dalam kalangan PKS, terdapat peningkatan dari segi penglibatan PKS dalam perniagaan di atas talian iaitu sebanyak 26 peratus kepada 37 peratus pada 2018,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bagi 2019, kata Ahli Parlimen Santubong itu penyertaan PKS dalam perniagaan di atas talian adalah sebanyak 35.3 peratus.Ujarnya lagi, sehingga 31 Januari 2020, sebanyak 276,176 entiti telah berdaftar sebagai perniagaan di atas talian melalui pendaftaran di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).“Berdasarkan kajiselidik Digital PKS Malaysia 2018 yang dilaksanakan oleh SME Corp. Malaysia dan Huawei Technologies Malaysia Sdn Bhd, majoriti PKS menggunakan komputer dan internet sebagai medium operasi perniagaan, “Kaji selidik juga mendapati bahawa PKS masih menghadapi masalah untuk menambahbaik operasi perniagaan daripada pengkomputeran ke digitalisasi. “Ini adalah disebabkan PKS menghadapi isu dari segi kos, teknologi, infrastruktur dan kemahiran penggunaan digital dalam operasi syarikat,” katanya lagi.

“Walaupun terdapat peningkatan dalam jumlah penyertaan usahawan PKS dalam platform pendigitalan, pada pandangan saya jumlah peratusan usahawan PKS yang berpindah kepada platform e-dagang ini masih boleh dipertingkatkan lagi, terutamanya usahawan PKS di kawasan luar bandar dan usahawan yang terjejas akibat pandemic Covid-19,” jelasnya.MEDAC juga kata Wan Junaidi, telah menyediakan pelbagai kursus dan program berkenaan pendigitalan perniagaan kepada usahawan yang berminat untuk mengembangkan perniagaan atau bertukar konsep perniagaan mereka sedia ada kepada platform eDagang.Agensi seperti INSKEN, SME Corp serta Institut Koperasi Malaysia (IKM) ujarnya lagi telah menyediakan pelbagai program dan kursus secara dalam talian. “Dalam pada itu, saya telah meminta kementerian dan semua agensi di bawah MEDAC untuk memikirkan, meneliti inisiatif baharu dan melaksanakan program tambahan bagi membantu serta meningkatkan lagi jumlah usahawan eDagang, “Untuk mengadaptasi ekonomi digital secara menyeluruh, PKS mesti melakukan kejuruteraan semula (re-engineering) perniagaan dengan memastikan strategi, proses dan infrastruktur perniagaan mereka sejajar dan bersepadu untuk menyokong transformasi digital, “Melangkah ke hadapan, ICT mempunyai peranan yang besar untuk menggandakan pertumbuhan PKS bukan sahaja melalui peningkatan dalam kecekapan dan produktiviti, tetapi juga dalam memperluas jangkauan pasaran mereka,” tegasnya.

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI