Bahasa: Lain-lain

DPMM mahu adakan perbincangan dengan BNM bantu usahawan

KEPALA BATAS, 20 Ogos -- Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) akan mengadakan perbincangan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung program Penjadualan Semula /Penstrukturan Semula (R&R) yang telah dibuat sebelum ini bagi membantu usahawan yang terjejas susulan pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika ini.

Timbalan Presidennya, Norsyahrin Hamidon berkata selain itu pihaknya juga akan berbincang bagi memastikan semua rekod peminjam bermasalah akibat kesan pandemik COVID-19 untuk tidak wajar dimasukkan ke dalam sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dan CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS).

"BNM secara umumnya telah bersetuju untuk membantu selepas 30 Sept ini (tarikh moratorium tamat secara umum) dan bersetuju moratorium itu dilanjutkan, namun secara bersasar iaitu bukan semua akan mendapatnya tapi kami berharap peluang sama dapat diberikan kepada usahawan bagi meringankan beban mereka yang terjejas ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.

"Tempoh lanjutan moratorium berkenaan penting untuk mereka memulihkan kehidupan, pekerjaan dan perniagaan mereka, pada masa yang sama DPMM juga berharap agar Bank Negara tidak mengambil kira rekod laporan CCRIS dan CTOS kerana ia berlaku bukanlah disebabkan kecuaian manusia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Penubuhan DPMM Pulau Pinang, di sini, hari ini.

 

Norsyahrin turut menyarankan supaya peminjam dalam kalangan usahawan yang berurusan dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) diberi 'bantuan' sama iaitu tidak disenaraihitamkan.

Menurutnya, beliau khuatir peminjam akan menghadapi masalah membuat pinjaman pemulihan perniagaan mereka di masa hadapan terutama membabitkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) jika mereka disenarai hitam.

"Sebenarnya lanjutan moratorium ini secara tidak langsung dapat memberi nafas baharu dalam membantu golongan usahawan yang terjejas teruk semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Norsyahrin berkata DPMM menganggarkan lebih 53 peratus atau kira-kira 450,000 usahawan Melayu daripada keseluruhan 960,000 usahawan yang berdaftar dengan SME Corp terjejas susulan wabak COVID-19.

Beliau berkata daripada jumlah 450,000 itu pula, 70 peratus usahawan yang terlibat boleh dikategorikan sebagai usahawan Melayu yang menjalankan perusahaan secara kecil-kecilan.

 

"Daripada statistik yang kami ada, majoriti daripada usahawan SME ini tidak boleh bertahan melebihi dua bulan (sejak PKP bermula) dan sekarang sudah masuk bulan kelima namun dengan pelbagai bantuan oleh kerajaan mereka dapat meneruskan perniagaan.

"DPMM sangat berterima kasih kepada kerajaan kerana telah memperkenalkan pelbagai pakej rangsangan bagi membantu usahawan ini untuk terus bertahan termasuk pelan-pelan pemulihan yang dirangka khusus untuk mereka," katanya.

-- BERNAMA

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI