Bahasa: Lain-lain

PKS wujud 7.3 juta peluang pekerjaan

LAWAS: Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mewakili 98.5 peratus daripada komuniti perniagaan termasuk perusahaan mikro, komuniti luar bandar, kumpulan B40 dan pembekal. PKS memainkan peranan penting dalam mewujudkan peluang pekerjaan, menambahkan pendapatan serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara termasuklah Sarawak. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memberitahu, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, sumbangan PKS kepada KDNK Malaysia meningkat kepada 38.9 peratus pada 2019 berbanding 38.3 peratus yang dicatatkan pada 2018.Pada 2019, PKS mewujudkan 7.3 juta pekerja yang menyumbang sebanyak 48.4 peratus kepada guna tenaga negara (2018:48 peratus), manakala dari segi eksport, sumbangan PKS meningkat kepada 17.9 peratus daripada 17.3 peratus pada 2018, katanya.

 

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Menteri Pembangunan Usahawan, menyatakan demikian ketika merasmikan Jum Regista Bisnes Sarawakku Sayang anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MINTRED) dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di Hotel Seri Malaysia di sini semalam. Berikutan wabak Covid-19 yang tidak pernah dialami sebelum ini dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beliau berkata, semestinya akan memberi impak negatif kepada pendapatan PKS pada 2020.Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh SME Corp. Malaysia, kira-kira 73 peratus PKS dijangka mengalami kerugian tahun ini, tegas beliau.Justeru, katanya, Kerajaan Sarawak melaksanakan tiga pakej bantuan khas di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) yang merangkumi 28 jenis inisiatif dengan peruntukan berjumlah RM2.55 billion, manakala Kerajaan Persekutuan melalui PRIHATIN dan PENJANA yang merangkumi 38 jenis inisiatif berjumlah RM49.5 billion untuk menyokong rakyat termasuk PKS dalam memulakan semula perniagaan dan menuju ke arah pemulihan. “Sebagai contoh di bawah BKSS pengecualian pembayaran sewa untuk gerai dan premis dimiliki oleh pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan berkepentingan (GLCs), geran berjumlah RM2,250 (RM1,500+RM750=RM2,250) untuk penjaja dan peniaga kecil, pengecualian fipermit dan lesen, diskaun untuk bil elektrik (5-25 peratus) dan bil air (10-25 peratus),” ujarnya.

 

Kerajaan Sarawak dengan kerjasama agensi kerajaan berkepentingan (GLCs) akan terus aktif membantu usahawan dan bakal usahawan untuk meneruskan perniagaan mereka dalam keadaan situasi pandemik Covid- 19 ini, tambahnya. Bagi RMK-11, MINTRED telah melaksanakan 124 program pembangunan kapasiti di seluruh Sarawak melalui kerjasama dengan pelbagai agensi dan persatuan, katanya dan menambah, program itu telah memanfaatkan seramai

 

14,565 usahawan. Antara program tersebut adalah Program Asas Keusahawanan seperti Kursus Asas Perakaunan, Kursus Asas Perniagaan, Program Kemahiran Keusahawanan seperti Kursus Teknologi Pemprosesan Makanan dan Kursus Hasilan Daging, Program Pensijilan Pengendalian Makanan dan Simposium Usahawan Kontraktor.Selain itu, MINTRED juga menganjurkan kursus pemasaran eDagang bagi mengukuhkan lagi pengetahuan dan kemahiran usahawan dalam penggunaan teknologi digital dan ICT. Antara program tersebut adalah Bengkel Shopify Dropshipping, ePhoto & eVideo Product Presentation, Program Mobile Entrepreneur dan Creative Content Marketing – Youtubing. Menyentuh Program Jum Regista Bisnes Sarawakku Sayang (REGISTA), data daripada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, terdapat seramai 44,015 penjaja dan peniaga kecil di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Kerajaan Sarawak, katanya dan menegaskan, daripada bilangan berkenaan, seramai 25,663 penjaja dan peniaga kecil masih tidak mempunyai lesen/permit perniagaan.

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI