Bahasa: Lain-lain

Pengecualian cukai dicadangkan untuk galakkan pembiayaan mikro alternatif - MEDAC

KUALA LUMPUR, 28 Sept -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan mencadangkan kepada kerajaan supaya memberi pengecualian cukai terhadap syarikat bertujuan menggalakkan lebih banyak pembiayaan mikro alternatif daripada sektor swasta.

Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ia akan membantu mengurangkan kebergantungan dengan cara konvensional pembiayaan kerajaan dan pemberian dana untuk membiayai keperluan perniagaan, memandangkan permintaan untuk pembiayaan berkenaan meningkat dalam persekitaran kemampuan kerajaan yang terhad.

 

Sehubungan itu, MEDAC akan menyediakan dan mempromosikan akses ke landskap kewangan yang pelbagai menerusi platform pembiayaan alternatif yang dipelopori oleh sektor swasta, katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara SME Corp Malaysia dan Axiata Digital Capital Sdn Bhd di sini, hari ini.

 

"Saya boleh membawa perkara ini kepada kabinet supaya diberikan insentif seperti mewujudkan tempoh tanpa cukai, rebat cukai dan sebagainya atau jaminan kredit daripada kerajaan, sekiranya ada permohonan mengenainya.

"Kami melihat trend yang menunjukkan bahawa komitmen kerajaan kini dikurangkan kerana mempunyai pelbagai komitmen lain,” katanya.

 

MoA itu adalah bagi menyediakan pembiayaan mikro bernilai RM150 juta untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), ia akan disalurkan dalam tempoh 18 bulan.

Ditanya adakah kerajaan akan mengurangkan peruntukan untuk pendanaan dan pemberian geran untk pembiayaan mikro dalam Belanjawan 2021 yang akan datang, Wan Junaidi berkata rancangan pengurangan peruntukan itu tidak akan dilakukan serta-merta.

 

MEDAC akan memohon peruntukan Belanjawan 2021 daripada Kementerian Kewangan untuk perniagaan tidak formal dan pembangunan PKS mikro, terutama di kawasan luar bandar serta negeri-negeri yang kurang membangun seperti Kelantan dan Sarawak, katanya.

-- BERNAMA

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI