Bahasa: Lain-lain

Program TUBE dapat tambahan dana RM20 juta

 

KUALA LUMPUR – SME Corp. Malaysia akan meneruskan pelaksanaan Progam Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) melalui inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan dana tambahan berjumlah RM20 juta.

Oleh itu, permohonan bagi program ini sekali lagi akan dibuka pada tahun ini mulai 15 hingga 25 Oktober 2020.

 

Program yang telah dilaksanakan sejak tahun 2014 ini bertujuan bagi memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan belia Bumiputera dan peserta akan diberi pendedahan berkenaan kepentingan pengurusan akaun, sumber manusia, inventori dan stok serta adaptasi teknologi dalam perniagaan seperti perniagaan secara online, kaedah pemasaran melalui media sosial serta transaksi perniagaan secara e-commerce.

Bagi tahun ini, latihan Program TUBE dilaksanakan secara dalam talian bagi tujuan keselamatan dan kesihatan daripada penularan wabak Covid-19.

 

Tempoh latihan yang lebih singkat iaitu tujuh hari, modul latihan diolah sebaik mungkin supaya jelas, mudah difahami dan boleh dipraktikkan terus selepas peserta menamatkan latihan.

Di bawah inisiatif PENJANA ini, keutamaan adalah kepada pemohon yang telah diberhentikan kerja namun berminat menjalankan perniagaan
sebagai kerjaya sepenuh masa.

Sejumlah 250 peserta disasarkan untuk dilatih menggunakan dana di bawah inisiatif ini.

 

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sehingga kini, Program TUBE telah berjaya melatih seramai 5,766 belia Bumiputera, yang mana 4,952 iaitu 99% daripadanya telah memulakan operasi perniagaan dalam pelbagai bidang.

”Program TUBE juga telah mencatatkan jualan terkumpul berjumlah RM127.17 juta dan mewujudkan 10,540 peluang pekerjaan baharu termasuk untuk peserta program TUBE itu sendiri,” katanya.

Belia yang berminat untuk menjadi usahawan boleh memohon program ini sebelum tarikh tutup permohonan pada 20 Oktober 2020 melalui laman sesawang tube.smecorp.gov.my.

 

– MalaysiaGazette

 

 

 

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI