Bahasa: Lain-lain

Permohonan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera dibuka esok

KUALA LUMPUR, 14 Okt -- Permohonan bagi Progam Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) yang bertujuan untuk memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan belia, akan dibuka esok sehingga 25 Okt.

Program itu akan menerima dana tambahan sebanyak RM20 juta melalui inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

 

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar berkata inisiatif Program TUBE itu yang dikendalikan oleh SME Corp Malaysia, agensi di bawah kementerian tersebut sejak 2014, berjaya melatih seramai 5,766 belia Bumiputera yang mana 4,952 daripadanya telah memulakan operasi perniagaan dalam pelbagai bidang.

 

“Program TUBE juga telah mencatatkan jualan terkumpul berjumlah RM127.17 juta dan mewujudkan 10,540 peluang pekerjaan baharu termasuk untuk peserta program itu sendiri.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sejumlah 250 peserta disasarkan untuk dilatih menggunakan dana di bawah inisiatif ini menggunakan peruntukan PENJANA dan keutamaan adalah kepada pemohon yang telah diberhentikan kerja namun berminat menjalankan perniagaan sebagai kerjaya sepenuh masa.

 

Menerusi program itu, para peserta akan diberi pendedahan berkenaan kepentingan pengurusan akaun, sumber manusia, inventori dan stok serta adaptasi teknologi dalam perniagaan seperti perniagaan secara dalam talian, kaedah pemasaran melalui media sosial serta transaksi perniagaan secara e-dagang.

 

Bagi tahun ini, latihan Program TUBE dilaksanakan secara dalam talian bagi tujuan keselamatan dan kesihatan daripada penularan pandemik Covid-19.

Berikutan tempoh latihan yang lebih singkat iaitu tujuh hari, modul latihan diolah sebaik mungkin supaya jelas, mudah difahami dan boleh dipraktikkan terus selepas peserta menamatkan latihan

-- BERNAMA

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI