Bahasa: Lain-lain

PKS Perlu Tekankan Aspek Pelabelan, Penjenamaan Dan Sijil Halal - Ahmad

PONTIAN, 25 Okt (Bernama) -- Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negara ini perlu menitikberatkan aspek pelabelan, penjenamaan dan pensijilan halal dalam penghasilan produk masing-masing, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata langkah itu bagi membolehkan produk PKS menembusi pasaran eksport ke negara-negara ASEAN dan negara lain yang akan menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Katanya langkah itu juga dilihat bersesuaian dengan keperluan PKS untuk menembusi pasaran halal di peringkat antarabangsa.

"Pasaran halal mempunyai nilai trilion dolar di luar negara. Jadi, jangan mengambil mudah tentang halal.

"Mereka mesti mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia," katanya selepas merasmikan Seminar Pensijilan Halal dan Bengkel Kepentingan Pembungkusan dan Penjenamaan SME Corp di sini Ahad.

Ahmad berkata kementerian juga akan membuat penerangan mengenai kepentingan aspek tersebut dan kualiti produk di kawasan luar bandar.

PKS membentuk sebanyak 97.3 peratus (645,136) daripada jumlah syarikat yang berdaftar dengan SME Corp di seluruh negara.

-- BERNAMA

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI