Bahasa: Lain-lain

Bank Rakyat peruntukkan RM500,000 bantu mangsa banjir

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.- Foto/NSTP

 

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat memperuntukkan bantuan khas berjumlah RM500,000 bagi meringankan beban mangsa terjejas akibat banjir di beberapa negeri di seluruh negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata bantuan itu memberi manfaat kepada individu dan perniagaan di sekitar kawasan yang terjejas termasuk Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Selangor dan Johor.

"Keperluan asas disalurkan adalah makanan dan minuman, ubat-ubatan serta barangan keperluan harian seperti selimut dan lampin pakai buang.

"Bantuan ini akan diagihkan menerusi pejabat wilayah dan cawangan Bank Rakyat khususnya di sekitar kawasan terjejas," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Inisiatif ini adalah salah satu usaha Bank Rakyat sebagai bank prihatin dalam menjaga hal kebajikan masyarakat di samping memenuhi keperluan dan keselesaan mangsa banjir yang kehilangan tempat tinggal dan memerlukan barangan keperluan asas.

"Bank Rakyat sentiasa komited melaksanakan usaha memulangkan semula keuntungan bank yang diperoleh khususnya kepada golongan asnaf dan B40.

"Bantuan ini diharapkan dapat membantu lebih 20,000 mangsa banjir yang terdiri daripada lebih 600 keluarga untuk meneruskan kegiatan harian mereka seperti biasa," kata kenyataan itu.

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI