Bahasa: Lain-lain

Warongku tingkatkan pendapatan peniaga dan penghantar makanan

MAS Ermieyati (tengah) bersama penghantar makanan Platform Warongku yang bersedia untuk menghantar makanan
di pekarangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Masjid Tanah di Masjid Tanah. - Foto DIN AHMAD

 

LENDU 25 April – Platform Warongku mampu membuka peluang peluang kepada peniaga dan penghantar makanan meningkatkan pendapatan mereka.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin menggesa lebih ramai peniaga makanan dan belia menyertainya.

Ini kerana ia adalah program pembangunan peniaga melalui smart digital terminal yang dimajukan MEDAC di bawah Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp) yang memberikan pulangan lebih baik.

MAS Ermieyati (tengah) mengikuti pelancaran Platform Warongku oleh Wan Junaidi secara maya di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Masjid Tanah di Masjid Tanah.
– Foto DIN AHMAD

 

“Platform ini turut memberikan nilai lebih tinggi kepada wang dibelanjakan pelanggan berikutan caj yang lebih rendah bagi setiap pembelian dan penghantaran makanan.

“Jadi belia yang berminat menjadi penghantar makanan harus mendapatkan maklumat lanjut mengenai Platform Warongku daripada SME Corp.

“Begitu juga dengan peniaga yang harus memanfaatkan peluang memajukan perniagaan dengan menggunakan smart digital terminal di bawah platform ini,” katanya selepas mengikuti pelancaran Platform Warongku oleh Menteri MEDAC, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar secara maya di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Masjid Tanah, di sini hari ini.

Wan Junaidi melancarkan platform itu di Ibu Pejabat SME Corp di Kuala Lumpur dan disiarkan di sembilan lokasi di seluruh negara.

 

Mas Ermieyati berkata, seramai 3,500 usahawan disasarkan mendapat manfaat melalui peruntukan RM3.11 juta MEDAC bagi membantu mereka mendigitalkan perniagaan melalui platform berkenaan.

Daripada jumlah itu katanya, seramai 2,000 peniaga kecil sudah menyertai platform berkenaan sebagai e-dagang manakala seramai 1,500 lagi akan menyertainya tidak lama lagi.

Beliau berkata, Warongku adalah kesinambungan projek e-runner, iaitu ‘Warong Rider’ yang dilaksanakan syarikat ICTSB dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM) dan disokong SME Corp melalui program ‘Micro Connector.’

“Turut menyokong Warongku ialah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional yang menyediakan pembiayaan hingga RM10,000 bagi pembelian motosikal, pembaikan motosikal dan pemasangan aksesori,” katanya.

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI