Bahasa: Lain-lain

SME Corp Terengganu salur RM1.097 juta melalui geran BEEP


Rosman - Foto Bernama

 

SME Corp Terengganu telah menyalurkan sebanyak RM1.097 juta kepada tujuh syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengarahnya, Rosman Zamri berkata, dana tersebut adalah menerusi Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) dan daripada tujuh syarikat terbabit, lima daripadanya terlibat dengan sektor perkhidmatan manakala dua lagi dalam sektor pembuatan.

"Bantuan geran tersebut diberi melalui pembelian mesin dan peralatan berteknologi tinggi untuk meningkatkan kualiti serta kuantiti penghasilan produk syarikat.

"SME Corp Terengganu turut bertanggungjawab untuk membantu semua usahawan ini kekal berdaya saing melalui bantuan yang komprehensif dan bersepadu dengan pendekatan bimbingan termasuk mengukuhkan teras perniagaan, membina kapasiti dan keupayaan serta memudahkan akses kepada pembiayaan berterusan sekiranya layak," katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.

 

Antara kemudahan yang dinikmati usahawan melalui geran BEEP ialah pembiayaan dari segi latihan, pembungkusan dan pelabelan, inovasi pengurusan perniagaan dan pengiklanan, promosi dan penjenamaan, serta pensijilan dan kemudahan teknologi komunikasi maklumat (ICT).

Rosman berkata, SME Corp Terengganu menerima banyak permohonan geran BEEP namun hanya yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 dan Pendaftaran Perniagaan 1956 sahaja layak untuk diberi pertimbangan.

"Antara syarat lain syarikat tersebut mestilah sekurang-kurangnya 60 peratus dimiliki Bumiputera, mempunyai lesen premis perniagaan yang sah dan telah beroperasi sekurang-kurangnya enam bulan," katanya.

Sementara itu, beberapa usahawan yang dihubungi Bernama mengakui geran BEEP yang diterima dapat meningkatkan lagi produktiviti dan melonjakkan jualan syarikat dalam masa terdekat.

 

Pemilik Dr Cetak, Mohd Hanif Syazwan Abd Halim berkata, syarikat menyasarkan jualan sebanyak RM2 juta menjelang akhir tahun ini iaitu peningkatan hampir RM700,000 berbanding jualan RM1.3 juta yang direkodkan pada tahun lepas.

Beliau berkata, melalui geran BEEP bernilai RM156,800, syarikat telah memiliki mesin pertama berteknologi tinggi untuk melancarkan kerja-kerja cetak, potongan serta menghasilkan kemasan akhir produk yang lebih sempurna dan memenuhi citarasa pelanggan.

"Mesin ini juga membantu syarikat untuk mendapatkan lebih peratusan untung kerana dapat melakukan kerja percetakan sendiri dan tidak lagi bergantung kepada kilang lain seperti sebelum ini.

"Walaupun tempahan tidak begitu banyak ketika ini, namun peningkatan keuntungan dapat membantu syarikat untuk terus berdaya tahan dalam situasi getir pandemik Covid-19 ini dan syarikat telah berjaya mencatat jualan lebih RM800,000 dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini," katanya yang mempunyai 14 kakitangan.

 

Pengarah YMR Worldwide Marketing Sdn Bhd, Mohd Yusof Ahmad pula berkata, beliau memanfaatkan geran BEEP sebanyak RM51,000 untuk membeli mesin pengadun kopi untuk melancarkan operasi di kilang miliknya di Dungun.

"Dengan adanya mesin baharu ini, syarikat dapat memenuhi tempahan stokis dan pelanggan pada waktu yang ditetapkan kerana produktiviti lebih lancar dan secara tidak langsung dapat mempelbagaikan lagi pilihan produk minuman keluaran kami.

"Lebih mengujakan kerana SME Corp Terengganu juga sentiasa terbuka untuk membantu apa juga permasalahan syarikat dan bersama merangka strategi untuk mengatasinya," katanya yang mempunyai sembilan kakitangan setelah memulakan perniagaan sejak tahun 2011. - Bernama

 


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/144557/BISNES/SME-Corp-Terengganu-salur-RM1097-juta-melalui-geran-BEEP
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI