Bahasa: Lain-lain

Portal MyAssist MSME bantu usahawan PKS dapat maklumat

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, melancarkan portal MyAssist MSME, inisiatif terbaru kerajaan memudahkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mendapatkan maklumat perniagaan, khidmat nasihat dan peluang pemasaran secara dalam talian.

Portal MyAssist MSME merangkumi empat komponen utama iaitu pusat maklumat PKS, khidmat nasihat, padanan perniagaan dan ekspo perniagaan.

Inisiatif MyAssist MSME terkandung dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), yang diumumkan awal bulan ini sebagai rangka pemulihan ekonomi dalam usaha mengurangkan kesan impak pandemik global COVID-19 ke atas komuniti PKS di negara ini.

Serentak itu juga, Perdana Menteri merasmikan Minggu PKS Peringkat Kebangsaan 2021 dengan tema 'Mula Berdikit, Azam Melangit' secara dalam talian melalui facebook SME Corp Malaysia.

 

Portal MyAssist MSME boleh dilayari di <a href=

Penganjuran Minggu PKS ini bagi menghargai sumbangan PKS sebagai tulang belakang ekonomi negara, untuk meningkatkan kesedaran dan mempromosikan produk serta perkhidmatan PKS tempatan, memupuk budaya keusahawanan dan sebagai platform menyebarkan maklumat terkini kepada PKS.

Minggu PKS Kebangsaan 2021 bermula 26 Jun lalu hingga 4 Julai ini secara dalam talian, sepenuhnya.

Ekspo itu membabitkan hampir 500 pempamer dari ada seluruh negara dengan sasaran nilai jualan hampir RM7 juta.

 

- Berita Harian

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI