Bahasa: Lain-lain

'artSMart' bantu usahawan PKS terjejas Covid-19

ANTARA yang terbabit dalam projek ‘artSMart: Relook and rebrand’. FOTO ihsan Dr Mohd Khairezan RahmatANTARA yang terbabit dalam projek ‘artSMart: Relook and rebrand’. FOTO ihsan Dr Mohd Khairezan Rahmat

Shah Alam: Projek 'artSMart: Relook and rebrand' anjuran Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Paya Besar, Kuantan, Pahang, dan Kerajaan Pahang bermula 5 April lalu berjaya mencapai matlamat.

Penasihat projek yang juga Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pendidikan, UiTM, Dr Mohd Khairezan Rahmat berkata, projek itu berjaya membantu seramai 27 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Parlimen Paya Besar meneroka peluang pasaran, meningkatkan saiz pasaran, mempelbagaikan promosi jualan dan meringankan beban mereka mengharungi cabaran perniagaan dalam suasana pandemik.

Katanya, projek berteraskan pembelajaran perkhidmatan komuniti atau Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM) itu adalah projek tahun akhir penuntut Program Pendidikan Seni dan Seni Reka, Fakulti Pendidikan, UiTM.

"Menerusi projek itu penuntut dapat menghubungkan teori dan praktis, membentuk sahsiah dan kemahiran sivik, meningkatkan kualiti modal insan serta tanggungjawab sosial dalam diri mereka.

"Selain itu, ia juga mengetengahkan kemahiran penuntut menerusi aktiviti sukarelawan serta mewujudkan jaringan pintar antara universiti, agensi, industri dan komuniti," katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Menurutnya, antara pengisian projek ialah kajian pasaran, penjanaan idea kreatif dan inovatif, pelancaran produk, pengiklanan, pemasaran, pembungkusan, pelabelan, persembahan dan paparan produk, serta promosi dan karnival jualan.

Katanya, penekanan projek yang dikhususkan kepada ekonomi digital dilihat selari dengan perkembangan pesat teknologi baharu dan perubahan kepada landskap ekonomi dunia.

"Usahawan PKS yang terbabit dibimbing agar lebih berfikiran terbuka, kreatif dan inovatif dalam mengubah kebiasaan perniagaan dan pemasaran produk mereka. Selain itu, mereka dibimbing melonjakkan penerimaan dan pengukuhan aplikasi digital menerusi pengintegrasian pelbagai peralatan, perisian dan platform terbaru yang bersesuaian.

"Ia penting bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka selari dengan keadaan dan keperluan semasa," katanya yang turut memaklumkan projek itu mendapat sokongan Majlis Bandaraya Kuantan, Majlis Reka Bentuk Malaysia (MRM), Awesome Media Network, Pocket Production Sdn Bhd dan Istana Putih Kuala Lumpur.

Beliau berkata, perasmian penutup projek berkenaan berlangsung secara maya di YouTube EDU Tube: Faculty of Education UiTM pada 31 Julai ini bermula 8.30 hingga 10.30 pagi dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan II merangkap Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah.

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI