Bahasa: Lain-lain

PKS tidak dapat bertahan jika operasi ditutup hingga Oktober ini

Peniaga menunggu pelanggan mengunjung kedai masing-masing berikutan orang ramai tidak keluar membeli belah untuk
persiapan Hari Raya Aidilfitri setelah bazar Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman diarahkan tutup semasa tinjauan
lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 MEI 2021.

 

KUALA LUMPUR – Sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) amat terkesan dan mungkin tidak dapat bertahan jika perniagaan mereka terus ditutup sehingga bulan Oktober ini.

Ia hasil dapatan dalam survei yang dijalankan oleh SME Corp. Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy berkata, pada tahun lalu PKS telah menanggung kerugian sebanyak RM40.7 bilion berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan kebanyakan perniagaan tidak dapat beroperasi seperti biasa.

Antara cabaran utama yang dihadapi oleh PKS jika perlu menutup perniagaan dalam jangka masa panjang adalah kekangan aliran tunai perniagaan serta gangguan rantaian bekalan.

Oleh itu, PKS bukan sahaja memerlukan pembiayaan, tetapi juga perlu mempertingkatkan kemahiran, keupayaan dan kapasiti serta bimbingan.

Sehubungan itu, kerajaan telah memperkenalkan Pembiayaan Pengukuhan PKS (SME Revitalisation Financing, SMERF), skim pembiayaan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

Skim ini telah disalurkan melalui SME Corp. Malaysia dan dilaksanakan oleh MIDF untuk memudah cara PKS yang berdaya maju yang mempunyai kekangan kewangan dan sektor yang terpinggir.

Melalui cara pembiayaan yang cepat dan fleksibel, skim ini dilihat dapat membantu mengukuhkan perniagaan PKS, menguruskan aliran tunai mereka dengan lebih baik, meningkatkan produktiviti dan sekaligus dapat mengekalkan pekerjaan.

SME Corp. Malaysia juga telah membangunkan portal MyAssist MSME, sebuah platform sehenti khidmat perniagaan dalam talian untuk membantu PKS menentukan hala tuju perniagaan dalam norma baharu dan berkembang maju dalam realiti pasca pandemik.

PKS dapat dibantu dalam menguruskan isu atau masalah yang berkaitan dengan perniagaan mereka melalui penyediaan khidmat nasihat perniagaan dan
maklumat kemudahan kewangan, fasilitasi perdagangan, sokongan teknologi, pemadanan perniagaan, peluang pemasaran digital serta penerapan e-dagang.

Inisiatif ini dilihat akan dapat membantu mempertingkatkan semula Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) PKS yang menguncup sebanyak 7.3% pada tahun 2020, yang terendah direkodkan sejak statistik KDNK PKS pertama kali diterbitkan pada tahun 2000. – MalaysiaGazette

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI