Bahasa: Lain-lain

TUBE lahirkan 5,643 usahawan belia Bumiputera

FINAL123KUALA LUMPUR: Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) yang dilaksanakan di seluruh negara sejak enam tahun lalu berjaya melahirkan 5,643 usahawan belia daripada 6,268 peserta secara keseluruhannya.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar, berkata program berkenaan mencapai matlamat apabila berjaya mewujudkan sebanyak 11,767 peluang pekerjaan, termasuk dalam kalangan peserta program TUBE itu sendiri.

Justeru, katanya MEDAC menerusi agensinya, SME Corp Malaysia, sentiasa memantau prestasi serta kemajuan alumni peserta TUBE.

"Sejak program ini dilancarkan pada tahun 2014 sehingga Julai 2021, sejumlah RM135.7 juta nilai jualan terkumpul berjaya dihasilkan daripada perniagaan yang dijalankan oleh usahawan belia daripada program TUBE ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perasmian TUBE 8.0 dan pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) TUBE@IPT di sini, hari ini.

Ia turut dihadiri Menteri Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Hadir sama, Pengerusi SME Corp Malaysia, Datuk Seri Syed Hussien Al-Habshee; dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy.

Turut diadakan adalah majlis pertukaran MoU antara SME Corp Malaysia bersama lapan universiti awam tempatan iaitu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Human Resource Development Corporation (HRD Corp) bagi penganjuran program TUBE@IPT.

Noh berkata, di bawah program TUBE 8.0, MEDAC menyasar untuk menjadikan 600 peserta termasuk 160 graduan universiti sebagai usahawan, sekali gus menjadikan program rintis itu sebagai satu inisiatif yang relevan serta bertepatan.

Katanya, program yang dilaksanakan secara dalam talian itu membabitkan peruntukan dana RM9 juta termasuk merangkumi geran kepada setiap peserta mencecah RM15,000.

"Saya sememangnya komited dalam agenda negara melahirkan usahawan graduan dan mewujudkan 'bangsa usahawan' dalam kalangan graduan.

"Sebagai bukti komitmen dalam hal ini, inisiatif untuk menjadikan graduan sebagai usahawan saya letakkan sebagai antara petunjuk prestasi utama (KPI) di bawah kementerian ini," katanya.

Sementara itu, Noraini berkata, sinergi di antara MEDAC dan KPT bertujuan memberi pendedahan kepada graduan dan siswazah mempelajari langkah yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Katanya, kerjasama itu dilihat akan dapat mengalakkan pemikiran kreatif dalam kalangan graduan dan siswazah, termasuk memberikan pendedahan kepada dunia perniagaan yang sebenar.

"Selain daripada membudayakan keusahawanan dalam kalangan graduan, program ini akan dapat membantu menangani isu pengangguran graduan universiti di seluruh negara, khususnya di dalam keadaan ekonomi negara yang mencabar semasa pandemik COVID-19 ini," katanya. - Berita Harian

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI