Bahasa: Lain-lain

SMIDEX 2021 bantu PMKS bangkit semula teruskan perniagaan

Ismail Sabri ketika berucap pada majlis perasmian SMIDEX 2021 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Selasa.

SME Corp. Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), telah menganjurkan Pameran Tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SMIDEX) sejak tahun 1996.

Pada tahun ini, penganjuran SMIDEX 2021 merupakan kali ke-21 di mana ia dianjurkan dalam keadaan agak mencabar ketika seluruh dunia dilanda penularan wabak Covid-19.

Penganjuran SMIDEX 2021 yang bermula 1 hingga 23 Disember ini diadakan dalam norma baharu apabila berlangsung sepenuhnya secara dalam talian melalui portal MyAssist MSME.

Majlis perasmian telah dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 7 Disember lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Dalam ucapan perasmiannya, Perdana Menteri memuji Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) kerana telah menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi negara sejak bertahun lamanya.

“Jika pada tahun 2010, sumbangan PMKS kepada KDNK berjumlah RM298 bilion namun pada 2020, jumlah ini telah meningkat 72% kepada RM512 bilion.

“Kini, PMKS juga memberi peluang pekerjaan kepada 7.3 juta pekerja dan menyumbang RM118 bilion kepada eksport negara,” kata Ismail Sabri.

Beliau berkata, kerajaan akur bahawa sektor PMKS merupakan salah satu kumpulan yang paling terkesan akibat pandemik Covid-19, dengan 95.3% mengalami penurunan jualan secara mendadak dalam tempoh awal pembendungan. -- Sinar Harian

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI