Bahasa: Lain-lain

MEDAC tawar moratorium bantu usahawan PMKS terjejas banjir

NOH OmarNOH Omar

 

Putrajaya: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) memberikan moratorium kepada usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang mendapat pembiayaan dengan agensi di bawahnya.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, inisiatif ini berikutan bencana banjir melanda negara yang mengakibatkan banyak perniagaan usahawan terkesan dan memerlukan tempoh masa tertentu untuk kembali beroperasi seperti biasa.

Menurutnya, Bank Rakyat memberi penangguhan selama enam bulan kepada peminjam yang terkesan dengan banjir.

Katanya, penangguhan ini membabitkan peminjam Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Sewa Beli Kenderaan-i, Pembiayaan Pendidikan-i, Pembiayaan Mikro-i dan penangguhan bayaran keuntungan bagi Pajak Gadai-i.

"Selain itu, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) memberikan moratorium selama enam bulan bergantung kepada sejauh mana kesan banjir dihadapi usahawan.

"Inisiatif ini turut membabitkan SME Bank yang memberi pengecualian sewaan selama dua bulan kepada penyewa di kompleks perniagaan usahawan SME Bank yang terjejas akibat banjir," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, SME Bank turut menawarkan penjadualan semula kepada semua usahawan terkesan banjir dan menawarkan Dana Pemulihan Bencana dengan jumlah pembiayaan sehingga RM500,000 dengan enam bulan moratorium.

Katanya, SME Corp menawarkan tiga pakej pembiayaan iaitu SME Revitalisation Financing (SMERF), Soft Loan Scheme For Small and Medium Enterprise (SLSME) dan SME Emergency Fund (SMEEF) kepada semua PKS yang terjejas banjir.

"Pakej ini membabitkan semua sektor ekonomi dan layak untuk membeli peralatan, baik pulih premis perniagaan dan dana modal permulaan perniagaan yang diberi moratorium pembayaran balik sehingga enam bulan.

"Bagi peserta tiga program sedia ada ini juga akan diberikan moratorium enam bulan sehingga Jun depan.

"Kerajaan komited dalam memastikan bantuan disediakan bagi menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia," katanya. - Harian Metro

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI