Bahasa: Lain-lain

MPN setuju perkenal PPN2.0 untuk laksana fasa pemulihan seterusnya

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara kali pertama tahun 2022, hari ini.

 

Satu Pelan Pemulihan Negara 2.0 (PPN2.0) akan diperkenalkan bagi merancang fasa pemulihan seterusnya setelah PPN 2021 mencapai kejayaan, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata PPN 2021 adalah merupakan satu strategi untuk membolehkan pelbagai sektor dalam negara, terutama ekonomi, dibuka semula dengan selamat.

“Oleh kerana strategi itu telah membuahkan hasilnya apabila seluruh negara telah beralih kepada Fasa 4, maka MPN hari ini berpandangan bahawa satu PPN untuk fasa pemulihan dan seterusnya diperlukan.

“Justeru, PPN 2.0 ini akan dirangka segera secara komprehensif dan inklusif, yang melibatkan input daripada semua pemegang taruh termasuk pakar-pakar dalam pelbagai bidang, pihak swasta, NGO, kerajaan negeri dan kementerian, sesuai dengan pendekatan seluruh negara,” katanya.

 

Memaklumkan demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama MPN bagi 2022, hari ini, bekas Perdana Menteri itu berkata mesyuarat hari ini turut bersetuju membentuk satu pasukan bagi menyediakan deraf PPN2.0.

Pasukan itu akan menyediakan laporan yang antaranya, termasuk merangka strategi dan pendekatan berbangkit, supaya negara dapat pulih dalam tempoh masa tertentu.

 

Mesyuarat turut dihadiri empat menteri kanan iaitu Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kanan Pendidikan Datuk Seri Mohd Radzi Jidin; Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; dan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadhillah Yusof, serta Menteri Kewangan Merangkap Menteri Penyelaras MPN, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz.

Pada mesyuarat hari ini, MPN turut mendengar taklimat daripada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengenai perkembangan terkini wabak Covid-19, khususnya penularan varian Omicron di dalam negara.

Ketua Pengarah Agensi Bantuan dan Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr Aminuddin Hassim turut memberi taklimat berhubung mekanisme pengurusan banjir.

Menurut Muhyiddin, mesyuarat MPN hari ini bersetuju untuk mengesyorkan perkara-perkara berikut:

1. Mengenai pembukaan semula sempadan antarabangsa, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memulakan perbincangan untuk meneliti, merancang dan mencadangkan langkah-langkah untuk membuka semula dengan segera dan selamat kepada MPN.

Pembukaan sempadan negara sangat penting bagi menyokong proses pemulihan negara. Cadangan tersebut perlu merangkumi mekanisme kawalan penularan varian-varian baharu.

“Sehubungan itu, MPN juga mencadangkan pembentukan sebuah jawatankuasa antara beberapa kementerian dan bentangkan balik kepada pihak majlis tentang bila dan bagaimana caranya, sempadan negara kita dapat dibuka secara berperingkat-peringkat.

“Pandangan majlis ialah kerana kalau tidak ada satu perancangan yang jelas, bimbang bahawa penutupan sempadan kita ini dalam satu tempoh yang tidak menentu akan membawa kesan kepada cepat ataupun lambat proses pemulihan negara,” kata Muhyiddin.

2. Bagi mangsa bencana banjir, NADMA perlu memastikan proses penyaluran bantuan Kerajaan dipermudah dan dipercepatkan. NADMA juga perlu membuat perancangan lebih awal bagi persiapan sebelum dan pasca banjir yang berlaku setiap tahun. Bagi PMKS yang terkesan, SME Corp serta Persatuan PKS Malaysia perlu bekerjasama dalam menyediakan senarai yang terjejas kepada Kementerian Kewangan.

3. Berkenaan cabaran kekurangan tenaga kerja dalam subsektor perikanan laut dalam, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bersama Kementerian Sumber Manusia dan KDN perlu memperhalusi langkah-langkah menangani isu tersebut yang semakin meruncing.

4. Pelan Pemulihan Negara (PPN) telah dirangka pada tahun 2021 sebagai satu panduan strategi keluar bagi membolehkan negara dibuka dengan selamat dan teratur. Alhamdullilah, semua negeri telah pun berjaya beralih ke fasa 4, maka Majlis berpandangan bahawa satu pelan pemulihan untuk fasa-fasa pemulihan seterusnya diperlukan.

“Insya-Allah dengan kerjasama semua, saya pasti PPN2.0 ini akan membolehkan Malaysia terus membangun secara mampan walaupun berhadapan dengan cabaran Covid-19,” katanya. --Agenda Daily

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI