Bahasa: Lain-lain

MEDAC bantu usahawan asnaf terkesan banjir, pandemik

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berucap pada Majlis Penyerahan Zakat PERNAS di Menara Kembar Bank Rakyat, hari ini - Foto BERNAMA Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berucap pada Majlis Penyerahan Zakat PERNAS di Menara Kembar Bank Rakyat, hari ini - Foto BERNAMA

 

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) memperuntukkan RM1.6 juta untuk tabung Jawatankuasa Dana Khas Zakat MEDAC, yang akan diagihkan agensi-agensi di bawah kementerian itu, kepada golongan usahawan asnaf yang terkesan akibat COVID-19 dan banjir di seluruh negara.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar, berkata penyaluran bantuan hasil kutipan daripada pelbagai agensi di bawah MEDAC itu, bertujuan meringankan beban kewangan usahawan yang terbabit, selain membantu mereka membangunkan semula perniagaan sekali gus keluar daripada kelompok asnaf.

Katanya, MEDAC mengenal pasti seramai 314 usahawan asnaf yang terkesan akibat COVID-19 di seluruh negara, hasil kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) setakat ini.

"Untuk fasa pertama hari ini, 25 asnaf dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kita beri bantuan sekali beri RM2,000 setiap seorang," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan zakat pada Majlis Penyerahan Zakat Perbadanan Nasional Bhd (PERNAS) di Menara Berkembar Bank Rakyat, di sini, hari ini.

Noh berkata, kerjasama dengan pusat pemberian zakat di setiap negeri juga akan dipergiatkan, bagi memastikan bantuan itu dapat disalurkan kepada setiap penerima yang layak.

Selain itu, beliau berkata peruntukkan tabung Jawatankuasa Dana Khas Zakat MEDAC juga akan disalurkan kepada usahawan asnaf yang terjejas banjir, pada fasa seterusnya.

"Insya-Allah kita akan beri sumbangan dan kita sedang dapatkan nama, kerana kita ada peruntukan untuk bantu mereka pada fasa seterusnya. Fasa pertama ini ialah untuk mereka yang terkesan dengan penularan COVID-19," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ketua Pegawai Eksekutif PERNAS, Mohd Hilaluddin Abd Shukor, berkata pihaknya turut melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR), dikenali Program Asnafpreneur bertujuan memberi suntikan modal kepada golongan asnaf di bawah Program Transformasi Perniagaan (BIT).

Beliau berkata, 50 asnaf terdiri daripada wanita dan belia berumur 21 hingga 60 tahun, dibimbing melalui kursus latihan secara fizikal BIT.

"PERNAS memperuntukkan RM266,635 atau bersamaan RM5,000 bagi setiap peserta program, melalui penyaluran wang Zakat Wakalah sebagai modal permulaan perniagaan.

"Bagi peserta yang memilih pakej perniagaan program BIT melebihi RM5,000, mereka boleh memohon bantuan pembiayaan sehingga 90 peratus, dengan kadar pembiayaan 3.75 peratus dan saiz pembiayaan sehingga RM25,000 daripada PERNAS," katanya.

-BERNAMA

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI