Bahasa: Lain-lain

Empat insentif Bantuan Banjir Keluarga Malaysia ditambah baik

© Provided by Sinar Harian

 

PUTRAJAYA - Kerajaan mengumumkan empat insentif Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang ditambah baik untuk membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) memulihkan perniagaan dan kembali beroperasi semula.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, geran RM3,000 diberikan melalui Tekun Nasional kepada setiap perniagaan mikro dan informal terjejas akibat banjir.

"Peruntukan disediakan sebanyak RM50 juta dan bakal memanfaatkan lebih 15,000 golongan itu," katanya.

Menurutnya, dana tambahan RM50 juta disediakan melalui Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) di bawah Tekun Nasional khusus dengan pinjaman mikro sehingga RM10,000 tanpa faedah.

"Tempoh bayar balik adalah sehingga lima tahun dengan moratorium 12 bulan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, dana RM100 juta akan disediakan melalui Program SME Emergency Fund (SMEEF) di bawah SME Corp untuk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) terjejas.

"Pinjaman adalah sehingga RM100,000 tanpa faedah dengan tempoh bayar balik juga sehingga lima tahun dengan moratorium 12 bulan," katanya.

Ismail Sabri berkata, kerajaan telah menyalurkan bantuan RM21 juta kepada sektor pertanian yang merekodkan kerugian sebanyak RM91 juta pada bencana banjir Disember tahun lalu.

"Kerajaan meluluskan bantuan tambahan kepada pengusaha Agromakanan yang terjejas banjir melalui suntikan dana sebanyak RM20 juta untuk Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)," katanya.

Ujarnya, di bawah TBTP, pesawah yang mengalami kemusnahan tanaman padi akibat banjir bakal menerima bantuan secara tunai sehingga RM1,800 per hektar dengan had maksimum sehingga tiga hektar.

"Bagi pengusaha pertanian lain pula, RM50 juta tambahan akan disediakan di bawah Program Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA)," katanya.

Tambah Ismail Sabri, petani, penternak dan peladang yang terjejas akibat kerosakan banjir, layak untuk memohon untuk bantuan sehingga maksimum 50 peratus daripada jumlah kerugian.

"Kadar dan had bantuan adalah mengikut Garis Panduan tabung tersebut dan diberi dalam bentuk barangan atau in-kind iaitu seperti input pertanian atau peralatan.

Kerajaan akan terus komited dalam usahanya meringankan beban semua golongan yang terjejas akibat banjir seperti PMKS dan pengusaha Agromakanan dengan sentiasa bersedia untuk menyediakan bantuan sewajarnya," katanya.

Pada Disember lalu, kerajaan mengumumkan dana pinjaman RM500 juta untuk Kemudahan Bantuan Bencana yang melibatkan pinjaman kepada PKS sehingga RM700,000 pada kadar faedah sehingga 3.5 peratus setahun dengan moratorium enam bulan.

Di samping itu, dana sebanyak RM30 juta disediakan melalui Tekun Nasional untuk pinjaman sehingga RM10,000 kepada usahawan mikro dan informal. --MSN News

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI