Bahasa: Lain-lain

Kerajaan tambah baik Bantuan Banjir Keluarga Malaysia – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan empat penambahbaikan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia.

Bantuan khusus untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) itu antaranya pemberian geran bernilai RM3,000 menerusi Tekun Nasional kepada setiap perniagaan mikro dan informal yang terjejas akibat banjir.

Bantuan itu melibatkan peruntukan disediakan sebanyak RM50 juta yang bakal memanfaatkan lebih 15,000 perniagaan mikro.

“Kedua, dana tambahan RM50 juta akan disediakan melalui Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) di bawah Tekun Nasional khusus untuk perniagaan mikro dan informal yang terjejas akibat banjir dengan pinjaman mikro sehingga RM10,000 tanpa faedah di mana tempoh bayar balik adalah sehingga 5 tahun dengan moratorium 12 bulan.

“Ketiga, dana sebanyak RM100 juta akan disediakan melalui Program SME Emergency Fund (SMEEF) di bawah SME Corp untuk PKS terjejas, pinjaman sehingga RM100,000 tanpa faedah di mana tempoh bayar balik adalah sehingga lima tahun dengan moratorium 12 bulan,” jelas Ismail Sabri dalam satu kenyataan hari ini.

Turut diperuntukan bantuan tambahan kepada pengusaha agromakanan yang terjejas banjir melalui suntikan dana sebanyak RM20 juta untuk Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Jelas Ismail Sabri, ia bagi menampung kerugian sebanyak RM91 juta yang dihadapi sektor pertanian kesan daripada bencana banjir pada bulan Disember tahun lalu.

Malah menerusi TBTP, pesawah yang mengalami kemusnahan tanaman padi akibat banjir bakal menerima bantuan secara tunai sehingga RM1,800 per hektar dengan had maksimum sehingga tiga hektar.

“Bagi pengusaha pertanian lain pula, RM50 juta tambahan akan disediakan di bawah Program Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA),” jelas Ismail Sabri lagi.

Untuk rekod, di bawah PPSPA, petani, penternak dan peladang yang terjejas akibat kerosakan banjir, layak untuk memohon untuk bantuan sehingga maksimum 50 peratus daripada jumlah kerugian.

Kadar dan had bantuan adalah mengikut Garis Panduan tabung tersebut dan diberi dalam bentuk barangan atau in-kind iaitu seperti input pertanian atau peralatan.

Disember tahun lalu, kerajaan telah pun mengumumkan dana pinjaman RM500 juta untuk Kemudahan Bantuan Bencana yang melibatkan pinjaman kepada Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) sehingga RM700,000 pada kadar faedah sehingga 3.5 peratus setahun.

Ia diberikan dengan moratorium sebanyak enam bulan.

Dalam pada itu, dana sebanyak RM30 juta disediakan melalui Tekun Nasional untuk pinjaman sehingga RM10, 000 kepada usahawan mikro dan informal. – MalaysiaGazette

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI