Bahasa: Lain-lain

“Pencinta Kecantikan Menjana Pendapatan” Bantu Peserta Perusahawan Mikro, Usahawan Kecil B40

CYBERJAYA – SME Corp. Malaysia menerusi Tri – D Event And Management Sdn. Bhd yang dilantik sebagai Rakan Perkhidmatan (Delivery Partner) di bawah Program Rangkaian Micro Connector telah menganjurkan Kursus “Pencinta Kecantikan Menjana Pendapatan” yang berlangsung selama dua hari.

Bengkel kursus tersebut menyasarkan penyertaan perusahaan mikro dan usahawan kecil  dari kalangan berpendapatan rendah B40 bermula sejak semalam dan berakhir hari ini di Dewan Prima, Wisma LJT, Kuala Lumpur.

“Objektif Program Kursus “Pencinta Kecantikan Menjana Pendapatan” adalah bagi membantu peserta – peserta menimba ilmu tambahan dan kemahiran terkini dalam bidang persolekan / kecantikan.

“Kini peluang itu terbuka luas apabila Program Kursus “Pencinta Kecantikan Menjana Pendapatan” ini akan memberi peluang kepada peserta – peserta menceburi perniagaan dalam bidang Kecantikan / Persolekan menggunakan kelebihan skil bersolek untuk menjana pendapatan yang lebih lumayan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Sme Corp. Malaysia, Rizal Nainy.

Menurut Rizal Nainy, menerusi Program Kursus “Pencinta Kecantikan Menjana Pendapatan” peserta-peserta dapat mempelajari dan di berikan pendedahan teknik Mekap Solekan Terkini (Advance Makeup), Mekap Solekan Pentas (Stage Makeup), Mekap Kesan Khas (Special Effect Makeup) dan Mekap Hijab serta Tutorial Turban oleh beberapa Jurusolek Profesional yang terkenal seperti Sheila Muhamad, TYM Fatimah dan El Manda Zuhairy.

“Peserta – peserta Program Kursus “Pencinta Kecantikan Menjana Pendapatan” juga dibekalkan senaskah buku “START ME UP – Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan” yang diterbitkan oleh SME Corp. Malaysia dalam usaha membantu para peserta menjadi usahawan yang berjaya dalam menjana pendapatan lumayan.

“Para peserta juga akan menerima sijil penyertaan dan berpeluang mendaftar syarikat di kaunter Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang disediakan sepanjang Program Kursus “Pencinta Kecantikan Menjana Pendapatan” ini berlangsung,” katanya.

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI