Bahasa: Lain-lain

Peruntukan RM1.5 juta bantu usahawan festival mega raya


Noh Omar. - Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi memperuntuk RM1.5 juta kepada lebih 1,000 peniaga festival mega raya di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) serta Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, inisiatif itu dilaksana bagi membangkitkan semula semangat usahawan selepas hampir dua tahun terjejas akibat pandemik Covid-19.

"Kita juga berharap usahawan yang menerima sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka dan dapat menjual barangan mereka pada harga yang lebih murah,” katanya selepas merasmikan Festival StarVendors Mega Raya Fest di WTC hari ini.

Terdahulu, Noh dalam ucapannya berkata, kerajaan sentiasa menyokong usaha melahirkan usahawan yang berdaya tahan dan berdaya saing.

Beliau turut berharap penganjuran festival jualan sempena perayaan dapat menghidupkan kembali sumber pendapatan usahawan dan memulihkan semula sektor ekonomi serta rantaian bekalan yang terjejas akibat COVID-19.

Festival StarVendors Mega Raya Fest, yang berlangsung selama tiga hari bermula 9 pagi semalam hingga 12 tengah hari Isnin ini, menyasarkan untuk mencatat rekod penganjuran acara selama 75 jam tanpa henti.

Ia bakal menyaksikan pembabitan 55 selebriti terkenal tanah air yang turut membuka reruai dan menjual rangkaian produk mereka sendiri antaranya ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk AC Mizal, Datuk Seri Vida, Datuk Aliff Syukri, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Fazura, Fattah Amin, Shahiezy Sam dan Syatila Melvin.

Penganjuran acara itu pada 2019 selama 72 jam telah mencatatkan jumlah pengunjung seramai 1.2 juta orang.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/199448/BERITA/Nasional/Peruntukan-RM15-juta-bantu-usahawan-festival-mega-raya
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI