Bahasa: Lain-lain

Peniaga PKS perlu ada pelan kontingensi hadapi cabaran perniagaan - SME Corp

Peniaga PKS perlu ada pelan kontingensi hadapi cabaran perniagaan - SME Corp
RIZAL: Sebanyak 97.4 peratus peniaga di Malaysia adalah PKS. Mereka memberi sumbangan besar kepada ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan. - Bernama
 
KUALA LUMPUR: Peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) harus mempunyai pelan kontingensi untuk menghadapi apa jua cabaran perniagaan terutamanya bencana alam, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp) Malaysia Rizal Nainy.
Beliau berkata pandemik COVID-19 dan musibah banjir yang melanda negara tahun lepas seharusnya memberi iktibar mengenai kepentingan peniaga PKS yang disifatkannya sebagai 'tunjang ekonomi negara' agar bersedia dan mengambil langkah untuk melindungi perniagaan mereka.

 "Sebanyak 97.4 peratus peniaga di Malaysia adalah PKS. Mereka memberi sumbangan besar kepada ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan.

"Oleh itu, peniaga PKS perlu ada satu mentaliti untuk bersedia," katanya pada majlis agihan Pinjaman Dana Kecemasan PKS (SMEEF 2.0) kepada 126 peniaga di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua, Hulu Langat dekat sini, hari ini.
Rizal berkata peniaga boleh mengakses pelbagai bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu mereka memulihkan perniagaan sekiranya terjejas akibat bencana alam.
Menurutnya bantuan khidmat nasihat dan kewangan yang disediakan pihaknya seperti yang disampaikan melalui SMEEF 2.0 pada hari ini adalah antara contoh bantuan yang boleh dimanfaatkan peniaga PKS.
Sementara itu, Rizal berkata pihaknya sudah menerima sebanyak 1,212 permohonan pinjaman berjumlah RM113 juta melalui SMEEF 2.0 iaitu sebuah program pinjaman tanpa faedah untuk peniaga PKS yang terkesan bencana alam.
"Khusus bagi Selangor sahaja, jumlah syarikat yang telah diluluskan permohonan adalah 700 syarikat dengan nilai peruntukan sebanyak RM67.61 juta," katanya.
-- BERNAMA
 
 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI