Bahasa: Lain-lain

Enam belas usahawan Selangor terima geran & pembiayaan lebih RM64 juta

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick (tiga, kiri) bersama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (kanan) ketika gimik perasmian Program Jelajah Usahawan dan Koperasi MADANI di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7 Shah Alam semalam.

 

SHAH ALAM: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menyerahkan geran perniagaan serta kemudahan pembiayaan bernilai lebih RM64 juta kepada 16 usahawan Selangor sempena Program Jelajah Usahawan dan Koperasi MADANI (PJUKM 2023) semalam.

Kesemua penerima itu terdiri daripada usahawan bimbingan agensi di bawah KUSKOP, antaranya SME Corporation Malaysia, Amanah Ikhtiar Malaysia, UDA Holdings Berhad, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Tekun Nasional.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata inisiatif tersebut dilihat mampu menjamin kelangsungan serta kelestarian komuniti usahawan dan koperasi dalam mendepani cabaran persekitaran ekonomi global yang tidak menentu.

“Kita mahukan usahawan dan koperasi sedia ada terus berjaya, manakala usahawan baharu pula tumbuh bak cendawan.

Itulah yang diperjuangkan di bawah Dasar Keusahawan Nasional 2030 untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara keusahawanan unggul menjelang 2030,” katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika berucap pada Majlis Perasmian PJUKM 2030 Selangor di sini semalam yang dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, turut dihadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, K. Saraswathy serta Ketua Setiausaha KUSKOP Datuk Seri Suriani Ahmad.

Ewon juga berharap agar pihaknya dan Kerajaan Selangor terus bersatu dalam membangunkan usahawan ke arah menjayakan konsep ‘Kesejahteraan’ di bawah Kerajaan MADANI sepertimana yang dihasratkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. – BERNAMA

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI