Bahasa: Lain-lain

Dapur Sarawak di Coco Cabana Miri disertai 30 usahawan tempatan

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh menyempurnakan simbolik perasmian Dapur Sarawak. Foto: TVS

 

MIRI 21 Jun: Seramai 30 usahawan tempatan menyertai Dapur Sarawak pada Program Minggu Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS) bagi peringkat zon Sarawak 2023 di Coco Cabana Miri.

 

Minggu PKMS anjuran bersama SME Corp Malaysia dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) itu berlangsung selama lima hari bermula hari ini, 21 hingga 25 Jun.

 

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh menyumbang apron kepada salah seorang pengusaha. Foto: TVS

 

Antara inti pati menarik Dapur Sarawak mulai jam 8 pagi hingga 10 malam itu diisi dengan pelbagai gerai jualan merangkumi pelbagai produk makanan seperti kuih-muih tradisional, mi kolok dan pelbagai jenis minuman.

Penganjuran Dapur Sarawak oleh MINTRED itu juga merupakan kerjasama dengan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS), Jabatan Pertanian Sarawak (DOA), Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Majlis Pembangunan Usahawan Bahagian Miri (MPUB).

 

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh semasa sesi bergambar bersama para tetamu. Foto: TVS

 

Terdahulu, prapelancaran Dapur Sarawak telah disempurnakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh di sini.

Turut hadir Timbalan Setiausaha MINTRED, Sayed Ismail Dato Sri Wan Hashim, Anggota Perbadanan SME Corp Malaysia, Bell Aggan @ Bell Bernard Aggan, Wakil Residen Bahagian Miri, Rose Edward serta ketua-ketua jabatan terlibat. – TVS

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI