Bahasa: Lain-lain

Usahawan perlu manfaatkan Minggu PMKS

 

ota Kinabalu:  Usahawan baharu dan sedia ada perlu memanfaatkan sepenuhnya Minggu Perusahan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS)  untuk meningkatkan dan meluaskan perniagaan mereka. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor  berkata, penganjuran  Minggu PMKS ini juga  mampu menjadi platform yang sesuai bagi membawa produk atau perkhidmatan luar bandar terlibat dengan aktiviti padanan perniagaan serta memperluaskan jaringan perniagaan untuk menceburi pasaran baharu. 

“Justeru,  Minggu PMKS yang diadakan setiap tahun ini boleh dimanfaatkan oleh komuniti PMKS atau ‘business professionals’ yang berminat dalam mencari peluang perniagaan mereka. 

“Dalam masa sama, program ini juga memberi pendedahan kepada usahawan baharu atau sedia ada mengenai peluang pembiayaan, program pembangunan sektor berkaitan dan sesi pemadanan perniagaan bagi meluaskan pasaran perniagaan mereka. 

“Ia juga sejajar dengan usaha kerajaan yang  kini giat membangunkan PMKS selepas tempoh pandemik yang lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Perasmian Penutupan  Minggu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Zon Sabah bersempena Minggu Keusahawanan Negara (MUN) 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau disampaikan Timbalan Ketua Menteri  yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Jeffrey G.Kitingan. 

Hajiji turut melahirkan rasa gembira kerana sempena Minggu Usahawan Negara dan Minggu PMKS ini, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan agensi dibawahnya bersedia untuk melatih dan menawarkan pembiayaan kewangan, kursus berkaitan bagi memastikan PMKS berkeupayaan memasarkan produk mereka dengan lebih efisien dan kebolehpasaran diperingkat pasaran domestik atau luar negara.  

“Sudah tentu pelbagai pengisian sempena Minggu PMKS ini, akan memastikan PMKS di negeri ini lebih berdaya saing. Bagi PMKS yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa, saya berpesan agar sentiasa menjaga kualiti dan kepatuhan piawaian yang ditetapkan oleh pelbagai negara. 

“Dalam era moden pada masa ini, PMKS juga perlu mengaplikasikan teknologi dalam perniagaan mereka, bukan sahaja dari segi pengeluaran produk tetapi juga perlu digunakan untuk memasarkan produk mereka.  

“Saya mahu semua PMKS khususnya di Sabah agar sentiasa melengkapkan diri dengan teknologi terkini, meningkatkan kualiti produk dan pembungkusan mereka agar mampu bersaing dengan produk dari luar,” katanya. 

Beliau berkata, PMKS juga perlu bersedia mengharungi cabaran pematuhan amalan Environment, Social, Governance (ESG) dalam ekosistem peniagaan bermula pada tahun ini. 

“Walaupun ESG masih di peringkat awal pelaksanaan, namun ia akan menjadi tonggak utama untuk mengukur kemampuan PMKS dalam membina tenaga kerja yang kukuh dan menambah peluang perniagaan termasuk ke luar negara. 

“Ia juga  akan memastikan PMKS dapat menembusi rantaian bekalan firma besar dan syarikat multinasional dalam dan luar negara yang meminta pengeksport mempunyai garis masa bagi memenuhi kepatuhan ESG untuk pemasaran pembekalan produk serta perkhidmatan,” katanya. 

Dalam pada itu, Ketua Menteri berharap program ini dapat menarik penglibatan usahawan dari golongan belia, asnaf dan orang kurang upaya atau OKU untuk terlibat dalam aktiviti keusahawanan. 

“Program seperti ini adalah satu platform yang terbaik untuk memperkasakan usahawan belia, asnaf dan OKU di negeri ini,” katanya.  – SABAH MEDIA

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI