Bahasa: Lain-lain

30 individu raih anugerah Top CEO 2022

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bergambar dengan penerima-penerima anugerah pada Majlis Anugerah 100 CEO Top 2022 di M Resort & Hotel Kuala Lumpur, Jalan Damansara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 25 JULAI 2023.
 

KUALA LUMPUR – Seramai 30 usahawan tanah air dari pelbagai bidang industri menerima pengiktirafan pada Majlis Anugerah Top CEO 2022.

Majlis anjuran IKON Malaysia itu berlangsung di M Resort & Hotel, di ibu negara malam tadi.

Penerima anugerah bagi kategori CEO Of The Year ialah Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp), Rizal Nainy manakala bagi kategori Young CEO of The Year, Pengarah Urusan MDI Fortune Sdn. Bhd., Mohamad Ashraf Md Iqbar.

3CA43644-4E9A-43D0-8767-A800B23A85FDBekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi Pengerusi Ikon Malaysia, Datuk Mohd Ali Majis (kanan) menyampaikan trofi kepada penerima Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif Tahunan kepada Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia, Rizal Hainy (dua kanan) pada Majlis Anugerah 100 CEO Top 2022 di M Resort & Hotel Kuala Lumpur, Jalan Damansara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 25 JULAI 2023.

 

Rizal ketika ditemui MalaysiaGazette melahirkan rasa syukur dengan pencapaian yang diperoleh membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) terus berdaya saing dan membangunkan ekonomi negara.

 “Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada IKON Malaysia kerana telah memberi anugerah ini kepada saya dan SME Corp.

“Selepas negara pulih dari pandemik Covid-19, kita banyak mengadakan program bagi membantu PMKS. Anugerah ini adalah untuk pasukan saya di SME Corp.

“Kita (SME Corp) sememangnya menggalakkan PMKS untuk menceburi bidang perniagaan dalam talian seperti e-dagang, e-dompey serta e-pembayaran selain menggalakkan mereka (pengusaha PMKS) untuk mengetahui berkenaan keselamatan siber,” katanya pada sidang media malam tadi.

Hadir merasmikan majlis itu ialah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selain itu, enam lagi kategori turut diketengahkan iaitu Top Influential CEO, The Most Outstanding CEO, The Most Promising CEO, Top Leadership CEO, Top Breakthrough CEO, Top Elite CEO dan Rising Star CEO.

Tahun ini, IKON Malaysia memperkenal kategori baharu di mana individu yang mengetuai agensi-agensi kerajaan juga berpeluang meraih anugerah yang berprestij itu.

Terdahulu, Ismail Sabri dalam ucapannya mahu pengiktirafan anugerah itu sebagai satu platform memastikan lebih banyak syarikat tempatan terus berkembang maju dan bersaing sehingga ke peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, para usahawan perlu membina daya tahan untuk mendepani cabaran dan ketidaktentuan ekonomi global hari ini.

Menurut Ismail Sabri, lanskap perniagaan pasca pandemik Covid-19 sudah mula berubah di mana dunia menyaksikan perubahan perniagaan secara konvensional kepada perniagaan secara dalam talian.

“Saya yakin tiada produk atau perkhidmatan yang tidak boleh dibeli daripada internet.

“Berdasarkan Laporan Barometer e-Dagang Asia Tenggara (SEA), jumlah pembeli secara dalam talian di Asia Tenggara dijangka terus meningkat kepada kira-kira 380 juta orang menjelang 2026,” katanya. – MalaysiaGazette

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI