Bahasa: Lain-lain

Momentum pemulihan PMKS terus kukuh tahun ini

Kerajaan komited memperkasakan PMKS supaya kekal berdaya saing - Foto fail NSTP Kerajaan komited memperkasakan PMKS supaya kekal berdaya saing - Foto fail NSTP

 

BANGI: Momentum pemulihan dan pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dijangka terus kukuh pada 2023 melebihi pencapaian yang direkodkan pada tahun lalu, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Beliau berkata, sebuah laporan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat berhubung tinjauan Indeks Sentimen PKS yang dijalankan oleh SME Bank bagi menilai keupayaan sektor itu sepanjang tahun ini.

BANGI: Momentum pemulihan dan pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dijangka terus kukuh pada 2023 melebihi pencapaian yang direkodkan pada tahun lalu, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Beliau berkata, sebuah laporan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat berhubung tinjauan Indeks Sentimen PKS yang dijalankan oleh SME Bank bagi menilai keupayaan sektor itu sepanjang tahun ini.

Pada 27 Julai lalu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengumumkan bahawa PMKS Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 11.6 peratus pada 2022 mengatasi pertumbuhan KDNK negara pada 8.7 peratus.

Sumbangan PMKS kepada KDNK pada 2022 juga meningkat kepada 38.4 peratus berbanding 37.4 peratus pada 2021 manakala nilai tambah berjumlah RM580.4 bilion, menandakan peningkatan yang ketara daripada RM520 bilion pada tahun sebelumnya.

Menurut Ewon, kementerian terus komited dalam memperkasakan PMKS supaya kekal berdaya saing bagi membolehkan mereka menembusi pasaran yang lebih luas di peringkat antarabangsa, seiring dengan Kerangka Ekonomi Malaysia MADANI.

Katanya, antara strategi dan inisiatif membabitkan PMKS ialah pengantarabangsaan PMKS tempatan; menarik lebih ramai pelabur; menambah geran padanan digitalisasi sebanyak RM100 juta serta peruntukan RM400 juta untuk pinjaman mikro.

"Dalam usaha merangsang pertumbuhan PMKS, kementerian melalui agensinya, SME Corp terus komited memperkukuh pelaksanaan program pembangunan PMKS secara bersasar.

"Setakat ini, terdapat 225 program pembangunan PMKS yang sedang giat dilaksanakan oleh 12 kementerian, 56 agensi dan tujuh kerajaan negeri dengan peruntukan sebanyak RM10.6 bilion," katanya.

-BERNAMA

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI