Bahasa: Lain-lain

MoU baharu Malaysia, Turkiye raih potensi jualan RM9.6 juta

Rizal (kiri) bertukar dokumen MoU bersama Naib Presiden  KOSGEB, Dr Fatih Gökyurt sambil disaksikan Duta Besar Republik Turkiye di Malaysia, EmirRizal (kiri) bertukar dokumen MoU bersama Naib Presiden KOSGEB, Dr Fatih Gökyurt sambil disaksikan Duta Besar Republik Turkiye di Malaysia, Emir

 

      SME Corp Malaysia (SME Corp) memperbaharui memorandum persefahaman (MoU) dengan Small and Medium Enterprise Development Organisation of Turkiye
      (KOSGEB), yang menyaksikan sebanyak 42 sesi padanan perniagaan berjaya dilaksanakan yang menghasilkan potensi jualan bernilai hampir RM9.6 juta.

Ia membabitkan penyertaan 12 firma dari Turkiye dan 37 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dari Malaysia.

Majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur itu membuktikan komitmen padu oleh kedua-dua negara dalam meningkatkan hubungan dua hala dan menyokong pertumbuhan PMKS.

Pembaharuan MoU itu juga diperkukuh dengan pengumuman 'Global Be-Linked', iaitu inisiatif padanan perniagaan khusus untuk PMKS dari Malaysia dengan PMKS dari luar negara seperti Turkiye.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy, berkata pihaknya bersedia untuk meneruskan komitmen dalam pembangunan PMKS di peringkat antarabangsa yang diterajui bersama oleh Malaysia dan Turkiye.

"Misi yang dijalinkan adalah jelas, iaitu mengukuhkan ikatan hubungan kedua-dua belah pihak, menerajui pembangunan PMKS, dan memanfaatkan potensi besar kepentingan bersama sedia ada," katanya dalam satu kenyataan.

Kerjasama antara kedua-dua belah pihak bermula sejak MoU pertama dimeterai pada 22 Februari 2011 dan diperbaharui pada 2017.

Mesyuarat di antara komuniti perniagaan Malaysia dan Turkiye merentasi beberapa sektor penting termasuk makanan dan minuman , industri Halal dan juga elektrik dan elektronik (E&E) yang berlandaskan kejayaan usaha sama terdahulu.

Misi eksplorasi perdagangan ke Istanbul dan Sakarya pada Februari 2023 yang diketuai oleh SME Corp dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Industri Islam Antarabangsa Malaysia (MIICCI) serta disokong oleh KOSGEB, berjaya menjana jumlah nilai dagangan hampir RM1.1 bilion.

Pada 2022, PMKS mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 11.6 peratus, mengatasi pertumbuhan KDNK keseluruhan pada kadar 8.7 peratus.

Hasilnya, sumbangan PMKS kepada KDNK meningkat kepada 38.4 peratus berbanding 37.4 peratus pada 2021.

Dari segi eksport, PMKS Malaysia merekodkan sebanyak RM144.5 bilion nilai dagangan eksport pada 2022, sementara dari segi pasaran pekerjaan, PMKS mewakili 48.2 peratus daripada landskap pekerjaan Malaysia, membabitkan tenaga kerja seramai 7.59 juta individu.

Oleh itu, usaha dalam memastikan akses serta pengembangan pasaran bagi PMKS menerusi hubungan dua hala adalah penting bagi ekonomi negara. -- Berita Harian

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI