Bahasa: Lain-lain

RM 10 juta geran khusus usahawan Sabah dan Sarawak – Ewon

 

PENAMPANG: Sebanyak RM10 juta geran khusus untuk usahawan bumiputera Sabah dan Sarawak di bawah Program Peningkatan Enterprise Bumiputera (BEEP) Plus Sabah dan Sarawak menerusi Program Mikro Madani.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, ia adalah sebahagian daripada peruntukan RM100 juta yang disediakan SME Corp Malaysia di bawah Program Pengukuhan Mikro Madani (Mikro Madani) bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh negara.

PENAMPANG: Sebanyak RM10 juta geran khusus untuk usahawan bumiputera Sabah dan Sarawak di bawah Program Peningkatan Enterprise Bumiputera (BEEP) Plus Sabah dan Sarawak menerusi Program Mikro Madani.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, ia adalah sebahagian daripada peruntukan RM100 juta yang disediakan SME Corp Malaysia di bawah Program Pengukuhan Mikro Madani (Mikro Madani) bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh negara.

“Lima inisiatif itu ialah Geran Perniagaan Mikro (GPM); Pembiayaan Perniagaan Mikro (Micro Biz Financing-MBF); Geran Perniagaan Belia Mikro@TUBE (Tunas Usahawan Belia Bumiputera); Program BEEP Plus Sabah dan Sarawak dan Baucar Status PMKS.

“Program TUBE yang menyediakan latihan dan geran kepada golongan belia yang ingin memulakan perniagaan juga terbuka kepada usahawan muda Sabah dan setakat ini pemohon yang paling ramai adalah dari Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Kuih Bulan anjuran Pakatan Harapan (PH) Penampang, di Kapayan di sini, Sabtu lalu.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, beliau juga telah memperkenalkan Yayasan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia (YPPKM) kepada peniaga kecil masyarakat Cina di Sabah pada Mei lepas.

“Saya telah membawa YPPKM iaitu satu organisasi bukan kerajaan yang memberi pembiayaan mikro kepada peniaga kecil masyaakat Cina, buat pertama kalinya yang tidak pernah dibuat sebelum ini,” katanya.

Beliau berharap Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina dapat memberikan penerangan kepada usahawan masyarakat itu mengenai program-program dan pembiayaan yang disediakan oleh kerajaan untuk masyarakat Cina.

“Saya mahu menjadikan kementerian ini, kementerian yang dekat dengan masyarakat Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak. Itu sebabnya kita membawa agensi kita, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) membuka pejabatnya di Sabah,” katanya.

Ewon berkata, pembukaan pejabat INSKEN di Sabah sejajar dengan hasratnya memberi fokus tambahan kepada Sabah dan Sarawak agar usahawan di negeri ini mendapat akses lebih mudah dan cepat mengenai bantuan latihan dan bimbingan daripada INSKEN. - Sabah Gazette

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI