Bahasa: Lain-lain

Festival Rumamai UTeM, Ewon setuju bantu PMASS jayakan program

MELAKA: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick akan terus menyokong program kebudayaan anjuran Persatuan Mahasiswa Anak Sabah Sarawak (PMASS) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).      

Sehubungan itu, bekas pelajar UTeM dan penggerak PMASS itu bersetuju untuk menyalurkan sumbangan sebanyak RM30,000 untuk menjayakan Festival Rumamai anjuran PMASS UTeM yang akan diadakan pada 1 dan 2 Disember ini.

“Ini adalah tanggungjawab saya sebagai alumni UTeM dan juga antara pengasas PMASS. Saya prihatin dengan permohonan dan keperluan PMASS kerana saya juga pernah melalui situasi yang sama suatu ketika dahulu semasa berada dalam kepimpinan PMASS.

“Saya juga berharap pimpinan PMASS berusaha berikhtiar melengkapkan keperluan untuk menjayakan festival ini,” katanya ketika berucap sempena lawatan kerja di UTeM, di sini, kelmarin.

Pada tahun 2019, Ewon yang ketika itu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah memberikan sumbangan kepada PMASS untuk menjayakan Malam Pentas Seni Budaya UTeM.

Mengenai keusahawanan, Ewon berkata, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) turut bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sejumlah RM50,000 untuk membangunkan kiosk dan kelengkapan lain melalui Koperasi Siswa UTeM.

Dalam lawatan kerja di UTeM, Ewon turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara SME Corp dan UTeM.

Ewon turut melawat Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) UTeM dan bersetuju menyalurkan peruntukan sebanyak RM20,000 untuk menambahbaik kemudahan dan kelengkapan di Student Common Room FTMK. -- The Sabah Times

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI