Bahasa: Lain-lain

Berkat tekad Saudah

SAUDAH dan suami, Abdul Rahim fokus menyediakan perkhidmatan membaiki kereta kepada wanita.SAUDAH dan suami, Abdul Rahim fokus menyediakan perkhidmatan membaiki kereta kepada wanita.

Umpama jatuh ditimpa tangga. Demikian perumpamaan sesuai untuk menggambarkan keadaan pengasas bengkel khas untuk wanita yang diusahakan sejak tujuh tahun lalu.

Apa tidaknya, belum pulih sepenuhnya akibat terkesan pandemik Covid-19, bengkel milik Saudah Salleh di Taman TTDI Jaya, Shah Alam sekali lagi diuji apabila ditenggelami banjir pada 18 Disember 2021.

Bencana tidak dijangka itu menyebabkan bengkelnya musnah sepenuhnya apabila mesin, peralatan dan stok dihanyutkan banjir sehingga mengalami kerugian hampir RM100,000.

Umpama jatuh ditimpa tangga. Demikian perumpamaan sesuai untuk menggambarkan keadaan pengasas bengkel khas untuk wanita yang diusahakan sejak tujuh tahun lalu.

Apa tidaknya, belum pulih sepenuhnya akibat terkesan pandemik Covid-19, bengkel milik Saudah Salleh di Taman TTDI Jaya, Shah Alam sekali lagi diuji apabila ditenggelami banjir pada 18 Disember 2021.

Bencana tidak dijangka itu menyebabkan bengkelnya musnah sepenuhnya apabila mesin, peralatan dan stok dihanyutkan banjir sehingga mengalami kerugian hampir RM100,000.

"Jika dibuat kiraan semula, kerugian akibat banjir ini lebih teruk daripada PKP. Ketika PKP, kami masih diberi kebenaran beroperasi, namun banjir ini menyebabkan kami hampir tiada apa-apa untuk kembali berniaga.

"Oleh kerana tiada pilihan lain ketika itu, saya dan suami merancang ingin menutup sementara bengkel dengan merancang mencari pekerjaan lain untuk mengumpul sumber kewangan untuk kembali beroperasi," katanya.

Pada masa sama, dia mengakui mengalami trauma beberapa bulan akibat terkesan bencana itu.

BANJIR mengakibatkan Saudah mengalami kerugian besar.BANJIR mengakibatkan Saudah mengalami kerugian besar.

 

"Setiap kali hujan lebat, saya gelisah dan panik kerana bimbang kejadian sama berulang. Saya sanggup berhenti di tepi jalan jika memandu dalam hujan lebat.

"Hanya selepas saya menyedari mengalami masalah ini dan reda dengan ujian Allah, baru saya dapat mengawal trauma daripada menjadi lebih serius sehingga pulih sepenuhnya," katanya.

Menurutnya, biarpun hampir 'jatuh' dia dan suami berusaha kembali bangkit kerana memikirkan keadaan empat pekerjanya yang akan hilang sumber pendapatan jika bengkel ditutup sepenuhnya.

"Pada ketika itu, kami betul-betul berserah kepada Allah untuk memudahkan segala urusan dan kami terima banyak bantuan dan sokongan keluarga, rakan-rakan dan pelanggan.

"Kami juga mendapat bantuan geran RM3,000 daripada kerajaan kepada peniaga terjejas akibat banjir. Selain itu, kami mendapat bantuan pembiayaan khas di bawah Dana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0) daripada Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF), dengan kerjasama bersama SME Corporation Malaysia (SME Corp) yang dapat membantu kami kembali memulakan perniagaan.

"Saya boleh katakan hanya tahun ini, baru bengkel dapat beroperasi seperti sedia kala," katanya.

Dia berkata, ujian dihadapi banyak memberi pengajaran berguna kepada dirinya untuk menjadi insan yang lebih baik.

"Sebenarnya kita sendiri tidak tahu, mampu bangkit semula biarpun dihadapkan pelbagai ujian. Lebih penting, kita perlu yakin dengan diri sendiri dan jangan mudah putus asa.

"Pada masa sama, jangan hilang pengharapan dan kebergantungan kepada Allah," katanya.-- Harian Metro

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI