Bahasa: Lain-lain

Buku Panduan Pantas ESG untuk PMKS dilancar

 

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah melancarkan buku Panduan Pantas ESG untuk PMKS bagi mempermudah penerapan amalan persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Buku Panduan terbitan SME Corp. Malaysia yang memperincikan langkah-langkah untuk PMKS memahami ESG dengan mudah ini telah dilancarkan beliau selaku Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan (MPUPK) Bilangan 1 Tahun 2024 pada 5 Februari lalu.

Panduan Pantas ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensinya,  SME Company Malaysia (SME Corp).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, PMKS perlu melengkapkan operasi perniagaan dengan aspek berkaitan kelestarian atau penerapan ESG.

Katanya, perkara tersebut semakin penting berikutan kebanyakan syarikat besar, syarikat multinasional (MNC) dan syarikat milik kerajaan (GLC) telah mula menerima pakai amalan ESG dalam operasi perniagaan mereka.

“PMKS yang menerapkan amalan ESG bukan sahaja akan mempunyai impak sosial dan persekitaran yang positif, tetapi juga berpeluang menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan kerana keperluan firma besar untuk pembekal mereka menerapkan amalan ESG.

“Kerajaan dengan sokongan padu daripada sektor korporat dan swasta, komited untuk terus membantu PMKS menerapkan amalan ESG termasuklah menerusi panduan ini.

“Panduan ini telah dipermudahkan khusus untuk PMKS dan melengkapi pelbagai panduan ESG sedia ada seperti oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp , Rizal Nainy berkata, panduan pantas ini mengandungi lapan langkah mudah untuk firma memahami kepentingan ESG dalam perniagaan mereka.

Katanya, syarikat boleh menetapkan objektif, mengenal pasti petunjuk (indicator) ESG yang berkaitan dengan perniagaan mereka,menghasilkan pelan tindakan kelestarian dan seterusnya menggunakan templat mudah untuk pelaporan ESG.

“Panduan ini turut menyenaraikan 13 petunjuk asas yang boleh diguna pakai oleh semua PMKS dan pemilihan petunjuk adalah berdasarkan kesesuaian serta keperluan minimal operasi perniagaan PMKS merentasi semua sektor, jenis entiti dan saiz firma.

“Selain itu, ia juga merangkumi petunjuk penting untuk kemampanan perniagaan seperti faedah pekerja, budaya, pengurusan risiko dan perlindungan information yang kurang diamalkan oleh PMKS,” katanya.

Panduan ini boleh dimuat turun secara percuma apabila PMKS menjalani penilaian ESG di laman sesawang SME Corp. Malaysia.-UTUSAN

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI