Bahasa: Lain-lain

SME salur bantuan hampir RM23 juta kepada usahawan wanita

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Rizal Nainy.

 

KUALA LUMPUR – Seramai 1,065 usahawan wanita menerima bantuan kewangan berjumlah RM22.6 juta daripada SME Corp. Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) pada tahun lalu.

Jumlah itu merangkumi hampir 40 peratus daripada bilangan keseluruhan 2,708 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang menerima manfaat daripada program pembangunan untuk industri tersebut dengan bantuan bernilai RM92.6 juta.

 

SME Corp. turut melaksanakan Program Pengukuhan Eksport PMKS bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pra-eksport PMKS yang berpotensi menembusi pasaran global dan seramai 121 PMKS milikan wanita menerima kelulusan berjumlah RM3.3 juta.

 

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp., Rizal Zainy mengatakan pencapaian itu berjaya melepasi sasaran asal yang ditetapkan, iaitu, memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus penerima terdiri dalam kalangan usahawan wanita.

 

“Antara program yang memberi banyak manfaat kepada usahawan wanita ialah Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (BizME) di mana 48 peratus bersamaan dengan 548 peserta wanita daripada jumlah keseluruhan 1,142 menerima bantuan bernilai RM1.7 juta.

“SME Corp. juga telah membantu usahawan wanita dengan Program Tunias Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) yang bertujuan menggalakkan golongan belia menceburi bidang keusahawanan.

 

“Daripada 555 peserta yang diluluskan geran perniagaan berjumlah RM10 juta, 50 peratus daripadanya ialah belia wanita, seramai 280 peserta telah diluluskan geran perniagaan yang berjumlah RM4.3 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Rizal, program lain yang turut mencatatkan penyertaan memberangsangkan usahawan wanita ialah Program Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS (BAP), Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) dan Geran Perniagaan Mikro (GPM) yang telah berjaya memanfaatkan lebih 100 usahawan wanita dengan kelulusan geran bernilai lebih RM12 juta untuk membangunkan kapasiti mereka.

Menurutnya, pihaknya kekal komited untuk terus membantu usahawan wanita dengan menyasarkan sekurang-kurangnya 30 peratus usahawan wanita menerima manfaat bagi inisiatif dan program- program yang dilaksanakan.

 

“Bagi tahun ini, sebanyak RM134.6 juta diperuntukkan untuk menjalankan pelbagai inisiatif dan program.

“Kami menyasarkan lebih 16,700 PMKS bakal menerima manfaat pada tahun ini termasuk usahawan wanita, sejajar dengan aspirasi kerangka Ekonomi Madani yang lebih saksama, inklusif dan mampan,” ujarnya lagi.

 

SME Corp. juga akan mengadakan kembali Anugerah Enerprise 50 (E50) iaitu program anugerah berprestij yang mengiktiraf pencapaian 50 PMKS terunggul di Malaysia. – MalaysiaGazette

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI