Bahasa: Lain-lain

Persatuan alumni TUBE Sabah terima sumbangan

 Ewon (tiga kanan) menyampaikan sumbangan kepada PANTAS.SERAH: Ewon (tiga kanan) menyampaikan sumbangan kepada PANTAS.

 

PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada Persatuan Alumni Tunas Usahawan Belia (TUBE) Sabah (PANTAS).

Beliau berkata, ia adalah sumbangan daripada peruntukan khas menteri  sebagai sokongan bagi program-program pendidikan dan pemerkasaan usahawan TUBE khususnya di Sabah serta membantu mengurangkan kos pentadbiran tahunan PANTAS.

“Pada Majlis Bersama Alumni Program TUBE Sabah, 11 November tahun lalu, saya telah menyatakan akan memberikan sejumlah geran pentadbiran tahunan untuk persatuan.

“Ini adalah sebagai tanda sokongan dan galakan saya kepada persatuan ini supaya terus melaksanakan program-program bimbingan dan latihan kepada usahawan-usahawan TUBE atau bakal usahawan Sabah agar terus berjaya seterusnya menjadi contoh kepada bakal usahawan baharu,” katanya.

Ewon berkata demikian selepas menerima kunjungan PANTAS dan menyampaikan sumbangan itu di Pejabat Tekun Penampang, di sini, kelmarin.

Sementara itu Presiden PANTAS, Azizul Julirin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ewon atas kemurahan hati dan keprihatinan beliau terhadap keperluan persatuan.

“Saya amat terharu menerima sumbangan daripada Ewon kerana sejak persatuan ini diwujudkan pada 2017, kami tidak pernah menerima apa-apa sumbangan atau peruntukan daripada mana-mana organisasi untuk melaksanakan program-program.

“Ini adalah pertama kali kami menerima sumbangan dan kami akan memanfaatkan peruntukan ini sebaik mungkin untuk faedah semua ahli persatuan serta bakal-bakal usahawan di Sabah. Kami melaksanakan pelbagai program antaranya bimbingan usahawan TUBE dan pensijilan.

“Saya yakin sumbangan ini juga akan membantu mengurangkan kos  pengurusan persatuan antaranya kos logistik, kerana ahli kita berada di seluruh Sabah,” katanya.

Azizul berkata, sumbangan daripada Menteri KUSKOP itu juga adalah tanda pengiktirafan terhadap persatuan itu. -- Utusan Borneo Online

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI