Bahasa: Lain-lain

KUSKOP sasar lebih banyak produk PMKS tembusi pasaran antarabangsa - Ewon

Datuk Ewon Benedick (dua, kanan) diberi penerangan oleh Arifin Marzuki (kiri) mengenai sumber dan kualiti air di tapak kilang Bubbles 02, ketika merasmikan pusat pengilangan baharu syarikat itu di Kampung Kanchong Rantau, hari ini. nstp/Mohd Amin JalilDatuk Ewon Benedick (dua, kanan) diberi penerangan oleh Arifin Marzuki (kiri) mengenai sumber dan kualiti air di tapak kilang Bubbles 02, ketika merasmikan pusat pengilangan baharu syarikat itu di KampungKanchong Rantau, hari ini. nstp/Mohd Amin Jalil

 

REMBAU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mahu lebih banyak produk dan perkhidmatan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan menembusi pasaran antarabangsa pada masa hadapan.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick, berkata sehubungan itu usaha membangunkan lebih ramai usahawan PMKS menjadi agenda utama kementerian itu bagi merealisasikan sasaran.

Katanya, ia antara sebahagian cadangan baharu kementerian dan cadangan itu akan dibawa kepada pasukan Belanjawan 2025, tidak lama lagi.

"Tumpuan adalah bagaimana untuk kita mengantarabangsakan lebih banyak produk dan perkhidmatan kita ini dengan membawa usahawan ke ekspo-ekspo di luar negara serta meletakkan produk PMKS di luar Malaysia.

"Kita percaya lebih ramai usahawan PMKS dapat dibangunkan dan membawa mereka ke peringkat antarabangsa.

"Bagi tujuan ini, kita (KUSKOP) berhasrat untuk mendapatkan bajet tambahan dari Kementerian Kewangan (MOF) pada tahun 2025 kerana melihat ada keperluan untuk mewujudkan hab-hab PMKS baharu, terutama di Wilayah Borneo misalnya, untuk kita membantu usahawan ini," katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Pusat Pengilangan Baharu Bubbles 02 Sdn Bhd (Bubbles 02), di Kampung Kanchong Rantau, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Seri Suriani Ahmad; Timbalan Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Zamri Salleh; Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), Datuk Hazimah Zainuddin dan Pengerusi Eksekutif Bubbles 02, Arifin Marzuki.

Ewon berkata, bagi tahun ini, KUSKOP menerima peruntukan sebanyak RM705 juta dengan sebahagian besarnya digunakan untuk membantu dan membangunkan usahawan PMKS melalui beberapa agensi di bawah kementerian itu.

Beliau berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan dan inisiatif yang dirancang bagi tahun hadapan termasuk daripada pemegang taruh kepada pasukan Belanjawan 2025 dalam satu sesi perbincangan khas di MOF, pada 27 Ogos ini.

"Saya percaya melalui kerja keras agensi di bawah kementerian ini seperti PERNAS dan SME Corp, kita boleh meningkatkan lagi prestasi PMKS dan gerakan koperasi negara kita, terutama dari segi sumbangan Dalam Keluaran Negara Kasar (KDNK), eksport dan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan," katanya.

Ewon berharap pasukan Belanjawan 2025 MOF dapat menyokong usaha KUSKOP kerana ini yang diperlukan usahawan sepertimana kementerian itu melalui agensi membantu syarikat Bubbles 02 ini.

"Syarikat ini bukan hanya menjual produk di 5,000 premis di dalam Malaysia tetapi sudah menembusi pasaran antarabangsa. Semua ini berlaku kerana kita diperkukuhkan dengan dana peruntukan yang kemudian disalurkan kepada usahawan," katanya. --Berita Harian

 

sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1288484/kuskop-sasar-lebih-banyak-produk-pmks-tembusi-pasaran-antarabangsa

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI