Bahasa: Lain-lain

Peruntukan Sebanyak RM17.6 Juta Diberikan kepada lebih 3,700 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana Sarawak

Tan Sri Datuk Seri Panglima Bernard Giluk Dompok (empat dari kiri) dan Rizal bin Dato’ Nainy (tiga dari kiri) bersama delegasi SME Corp. Malaysia semasa Kunjungan Hormat kepada Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 25 November 2024.Tan Sri Datuk Seri Panglima Bernard Giluk Dompok (empat dari kiri) dan Rizal bin Dato’ Nainy (tiga dari kiri) bersama delegasi SME Corp. Malaysia semasa Kunjungan Hormat kepada Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 25 November 2024.

 

KUALA LUMPUR: SME Corp. Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), telah meluluskan bantuan kewangan sebanyak RM17.6 juta kepada 3,759 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Sarawak sejak tahun 2021.

 

Salah satu inisiatif utama adalah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) yang bertujuan menggalakkan golongan belia menceburi bidang keusahawanan. Program TUBE telah menyalurkan sebanyak RM3.5 juta dalam bentuk geran kepada 250 usahawan baharu di Sarawak, mewakili 11% daripada keseluruhan 2,275 peserta belia di seluruh negara. 

 

Selain itu, Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) menawarkan bantuan bersepadu meliputi khidmat nasihat kepada PMKS Sarawak, termasuk khidmat nasihat, sokongan teknikal, latihan dan bantuan kewangan. 

 

Di bawah BEEP 2.0, sebanyak 39 PMKS di Sarawak telah menerima bantuan kewangan berjumlah RM6.2 juta, mewakili kira-kira 4% daripada peruntukan berjumlah RM121.9 juta. 

 

Program ini memastikan PMKS di Sarawak dapat mengembangkan operasi mereka, mengamalkan amalan inovatif dan kekal berdaya saing di pasaran tempatan dan global.

Di samping itu, SME Corp. Malaysia juga telah melaksanakan Program Pengukuhan Mikro Madani (Mikro Madani) yang dilancarkan pada tahun 2023 khusus untuk perusahaan bersaiz mikro.

 

Inisiatif ini telah menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM4.6 juta kepada 408 perusahaan mikro di Sarawak dengan memberikan sokongan melalui geran, pembiayaan dan baucar perniagaan.

 

Program Mikro Madani menyediakan bantuan kewangan merangkumi lima (5) inisiatif utama iaitu Geran Perniagaan Mikro (GPM), Pembiayaan Perniagaan Mikro (Micro Biz Financing - MBF), Geran Perniagaan Belia Mikro@TUBE, BEEP Plus Sabah & Sarawak dan Baucar Status PMKS.

 

Program lain yang turut mencatatkan penyertaan memberangsangkan daripada PMKS Sarawak adalah Program Business Accelerator (BAP) dengan kelulusan berjumlah RM3 juta.

 

Manakala, program yang tidak melibatkan bantuan kewangan dan turut merekodkan penyertaan tertinggi termasuklah Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (BizME) serta Program Penarafan & Akreditasi (SRA). 

 

Ketika kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Negeri Sarawak baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Rizal bin Dato’ Nainy, menekankan komitmen agensi untuk meningkatkan jumlah penerima manfaat di negeri ini.

 

“Kami berhasrat untuk melibatkan lebih banyak PMKS di Sarawak melalui program kami pada tahun 2025, selaras dengan aspirasi kerangka Ekonomi MADANI untuk kesaksamaan dan keterangkuman,” kata Rizal.

 

Bagi mempermudah PMKS memohon bantuan yang ditawarkan, mereka boleh memanfaatkan permohonan secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan & Insentif PMKS (MyBPI) yang telah diperkenalkan oleh SME Corp. Malaysia tahun ini.

 

“MyBPI ini telah diperakui berjaya memudahkan capaian kepada PMKS sehingga diiktiraf sebagai salah satu Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) semasa Program 2 Tahun Kerajaan MADANI dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam baru-baru ini”, tambah beliau lagi.

 

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai bantuan-bantuan yang disediakan oleh SME Corp. Malaysia, PMKS boleh melayari laman sesawang di pautan www.smecorp.gov.my dan saluran media sosial rasmi SME Corp. Malaysia. -- Utusan Borneo

 

sumber: https://www.utusanborneo.com.my/2024/12/03/peruntukan-sebanyak-rm176-juta-diberikan-kepada-lebih-3700-perusahaan-mikro-kecil-dan

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI