Bahasa: Lain-lain

SME Venture@ASEAN 2025: SME Corp sasar potensi jualan RM300 juta

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick (dua dari kiri) melakukan gimik pelancaran sambil diperhatikan Timbalan Ketua Setia Usaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Datuk Zamri Salleh (dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy (kiri) ketika majlis pra-pelancaran SME <a href=Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick (dua dari kiri) melakukan gimik pelancaran sambil diperhatikan Timbalan Ketua Setia Usaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Datuk Zamri Salleh (dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy (kiri) ketika majlis pra-pelancaran SME Venture@ASEAN 2025 di Kuala Lumpur. - NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

 

KUALA LUMPUR: SME Corporation Malaysia (SME Corp), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), dijangka menghasilkan jualan potensi sebanyak RM300 juta melalui pameran SME Venture@ASEAN 2025 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy, menjelaskan bahawa jumlah transaksi sebenar berkemungkinan akan melebihi sasaran yang ditetapkan, berikutan penyertaan yang kukuh daripada usahawan tempatan serta antarabangsa.

"Pameran ini bukan hanya melibatkan usahawan Malaysia, tetapi juga pemain industri dari negara ASEAN serta rakan antarabangsa yang terlibat dalam Memorandum Persefahaman (MoU)," katanya pada majlis pra-pelancaran SME Venture@ASEAN 2025, di sini hari ini.

Pameran yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari dari 16 hingga 18 Oktober 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) ini, dijangka menarik lebih 10,000 pengunjung dan lebih 300 pempamer dari seluruh dunia. Sebanyak 350 gerai akan disediakan, termasuk 200 untuk pertemuan perniagaan ke perniagaan (B2B) dan 150 untuk jualan perniagaan ke pengguna (B2C).

Menurut Rizal, pameran ini memberi peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk meneroka peluang perniagaan baru di luar negara. Tema "Bringing ASEAN Closer to You" yang diangkat akan menjadi daya tarikan kepada para pengunjung yang ingin memperluas rangkaian dan peluang pasaran mereka.

Selain perdagangan, SME Venture@ASEAN 2025 juga menyasarkan pasaran pengguna menerusi ASEAN Market Fair yang akan mempamerkan pelbagai produk seperti minuman dan makanan (F&B), pakaian, produk kesihatan, kosmetik, kraftangan, serta tawaran promosi pelancongan sebagai sebahagian daripada Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, berkata kerajaan kini memfokuskan usaha untuk membantu perusahaan kecil berkembang menjadi perusahaan sederhana, dengan sasaran meningkatkan peratusan firma sederhana daripada 1.8 peratus pada 2023 kepada lima peratus menjelang 2030.

"Strategi utama bagi mencapai sasaran ini adalah dengan menggalakkan lebih banyak PKS untuk meluaskan pasaran produk dan perkhidmatan mereka ke luar negara," ujar beliau.

Beliau turut menggalakkan PKS untuk mengambil bahagian dalam pameran ini, memanfaatkan peluang untuk memperluas rangkaian, meningkatkan keupayaan, serta mengakses peluang yang luas dalam pasaran antarabangsa.

"Selain daripada penyertaan PKS ASEAN, kementerian melalui SME Corp Malaysia juga komited untuk menarik syarikat utama dan pembeli bukan sahaja dari negara ASEAN, tetapi juga dari negara rakan kerjasama Malaysia seperti Turki, Jepun, Arab Saudi, Oman, Georgia, dan Kazakhstan," katanya. -- Berita Harian

 

sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2025/02/1362478/sme-ventureasean-2025-sme-corp-sasar-potensi-jualam-rm300-juta

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM

Alat Diagnostik Bagi Penarafan

Pembangunan Jenama

Financing Gateway

Outreach

Pengiktirafan & Anugerah

Pembinaan Keupayaan

Technologi & Inovasi

Usahawan Bumiputera

Akses Pasaran

Program Kementerian & Agensi

INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI