Bahasa: Lain-lain

Hab PMKS mudahkan urusan usahawan

 Ewon (tengah) menerima replika bangunan daripada Bernard pada majlis berkenaan.SIMBOLIK: Ewon (tengah) menerima replika bangunan daripada Bernard pada majlis berkenaan.

 

PENAMPANG: Orang ramai khususnya usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Sabah kini boleh mengakses maklumat terkini berkaitan keusahawanan dan perniagaan secara fizikal dengan lebih mudah.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, Hab PMKS merupakan pusat maklumat sehenti bagi PMKS untuk memperoleh pengetahuan mengenai perniagaan.

Selain itu katanya, ia juga pusat mempelajari amalan terbaik perniagaan serta mendapatkan maklumat penting mengenai permulaan perniagaan, akses kepada pasaran, pembangunan modal insan, sumber kewangan, perkembangan terkini industri dan pelbagai aspek perniagaan yang lain.

"Hab ini menyediakan kaunter informasi, kiosk maklumat dengan akses internet, dewan bagi taklimat dan kursus keusahawanan serta ruang untuk PMKS mempamerkan produk dan perkhidmatan. 

"Dengan keluasan keseluruhan 4,500 kaki persegi dan lokasi strategik di Donggongon Square, Hab PMKS Sabah menawarkan akses mudah kepada pengangkutan awam selain turut berhampiran dengan agensi lain seperti Bank Rakyat dan Tekun Nasional," katanya ketika merasmikan Pejabat Baharu SME Corp. Malaysia dan Hab PMKS Sabah serta melancarkan Program BEEP Plus tahun 2025 di sini, hari ini.

Manakala katanya, Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) Plus yang diteruskan pelaksanaannya pada tahun ini merupakan program khusus untuk perusahaan mikro di Sabah dan Sarawak terutamanya Bumiputera asal. -- Utusan Borneo
 

sumber: https://www.utusanborneo.com.my/2025/05/03/hab-pmks-mudahkan-urusan-usahawan 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI