Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tuan / Puan,
Dengan segala hormatnya saya diarah untuk merujuk kepada perkara di atas.
Adalah dimaklumkan bahawa berkuatkuasa pada 1 Februari 2020, Kompleks Jabatan Perdana Menteri akan dikenali sebagai Kompleks Setia Perdana. Manakala bagi setiap bangunan di dalam kompleks tersebut akan dikenali sebagai Setia Perdana 1 hingga 8 bagi menggantikan Blok 1 hingga 8. Dalam hal ini, alamat surat menyurat kepada pihak berkaitan adalah seperti contoh berikut:
Jabatan Perdana Menteri
Setia Perdana 1
Kompleks Setia Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya.
Bersama-sama ini turut dilampirkan surat makluman daripada Jabatan Perdana Menteri, untuk makluman semua.
Sekian Terima Kasih