Assalamua'laikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,
PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN BANK SEHINGGA ENAM (6) BULAN KEPADA PEMINJAM.
Merujuk kepada Kenyataan Media Perdana Menteri dan Surat Bank Negara bertarikh 24 Mac 2020 (seperti di Lampiran) adalah dimaklumkan peminjam boleh menangguhkan bayaran balik pinjaman bank sehingga enam (6) bulan (pengecualian ke atas Pinjaman Kad Kredit) mulai 1 April 2020. Memandangkan ada di antara tuan/puan yang membuat bayaran balik pinjaman melalui potongan gaji, Seksyen HCD perlu mendapatkan maklumbalas lanjut daripada tuan/puan untuk pemprosesan bagi gaji bulan April 2020.
Potongan gaji bagi pinjaman melalui institusi kewangan seperti yang tertera di bawah sahaja yang tertakluk ke atas penangguhan tersebut:
· ANGKASA (BPA) hanya untuk pinjaman bank sahaja dan bukan melalui koperasi (HCD akan mendapatkan maklum balas lanjut daripada BPA)
· Pinjaman Bank Islam; dan
· Pinjaman PTPTN
Sehubungan dengan ini, sekiranya tuan/puan memilih untuk meneruskan potongan pinjaman melalui potongan gaji seperti biasa, dan sekiranya memilih untuk mengekalkan caruman syer pekerja pada kadar sebelas (11) peratus, adalah dipohon kerjasama setiap Pegawai Tadbir Bahagian/Seksyen/Unit untuk mengumpul maklumbalas daripada setiap pegawai dan kakitangan sebelum dikembalikan kepada HCD melalui emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. pada atau sebelum 3 April 2020 (Jumaat).
Sekiranya tiada maklumbalas diterima pada tarikh yang ditetapkan, tuan/puan dianggap bersetuju untuk menurunkan kadar syer pekerja kepada tujuh (7) peratus, bersetuju untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman bank dan TIADA potongan gaji dibuat mulai gaji bulan April 2020 sehingga September 2020.
Bersama-sama ini dilampirkan borang untuk tindakan selanjutnya.
Sekian Terima Kasih