Assalamua'laikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
Tuan / Puan / Cik,
Permohonan Sumbangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Dengan segala hormatnya saya diarah untuk merujuk kepada rantaian email dibawah.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menubuhkan satu akaun khas bagi penyaluran sumbangan oleh rakyat Malaysia ekoran penularan COVID-19 di negara ini. Sumbangan yang diterima akan digunakan bagi menampung kos pembelian alat-alat kelengkapan perubatan, keperluan ubat-ubatan, reagen, bahan pakai buang serta keperluan-keperluan lain di fasiliti KKM.
3. Dalam hal ini, sekiranya terdapat warga SME Corp. Malaysia yang prihatin dan ingin membuat sumbangan, tuan / puan / cik boleh menyalurkan sumbangan masing-masing secara terus ke akaun seperti berikut:
RHB Bank (Sumbangan Perubatan KKM) 2-66016-0002347-5
Bagi tujuan penyelarasan diperingkat kementerian, adalah dipohon kerjasama tuan / puan / cik yang telah/akan membuat sumbangan untuk memaklumkan kepada saya tarikh dan jumlah sumbangan untuk direkodkan selewat-lewatnya pada 30 Mac 2020 (Isnin).
Semoga dengan sumbangan tuan / puan / cik sedikit-sebanyak dapat membantu KKM dan negara kita dalam menampung kos keperluan bagi terus menangani penularan Covid-19 serta sekaligus dapat menunjukkan penghargaan kita kepada mereka yang sedang berusaha sepenuh jiwa untuk rakyat Malaysia.
Segala sumbangan ikhlas dan keprihatinan tuan / puan / cik dalam hal ini adalah sangat dihargai.
Sekian, terima kasih.
"Kamu tidak sekali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi"
(Al-Imran:92)
#hapusCOVID19
#dudukrumah #stayhome
Sekian Terima Kasih