Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
Tuan / Puan / Cik,
Permohonan Sumbangan Tabung Khas Kebajikan Pelajar UUM
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Universiti Utara Malaysia (UUM) sedang melaksanakan kutipan untuk dana tabung khas COVID-19 bagi pelajar-pelajar UUM yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) wabak COVID-19 di kampus. Antara sumbangan yang diperlukan adalah dalam bentuk kewangan atau keperluan asas seperti biskut, mee segera, kopi segera, bijiran dan lain-lain yang bersesuaian.
3. Dalam hal ini, sekiranya terdapat warga SME Corp. Malaysia yang ingin memberikan sumbangan, tuan / puan / cik boleh menyalurkan sumbangan ini secara online melalui platform UUM https://e-com.uum.edu.my ataupun disalurkan kepada:
Bendahari UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
No Akaun Bank Islam: 0209-3010-0000-10
Swift Code: BIMBMYKL
No ID Bank: GB0000071E
4. Bersama-sama ini disertakan borang sumbangan. Sebarang pertanyaan berkenaan kutipan dana tabung khas ini boleh dimajukan terus kepada Dr. Faizatul Akmar Abdul Nifa (emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. , di talian: 018-4642322) atau Puan Azlina Yahaman (emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. , di talian 012-5882839). Semoga dengan sumbangan tuan / puan / cik dapat membantu dan meringankan beban seramai 4300 orang pelajar UUM dalam menampung kos keperluan mereka.
Segala sumbangan ikhlas dan keprihatinan tuan / puan / cik mengenai perkara ini adalah amat dihargai.
Sekian, terima kasih.