Bahasa: Lain-lain

Lawatan Amal ke Wad Kanser Kanak-Kanak Hospital Kuala Lumpur

Tarikh : 7 Mac 2017, Selasa
Masa  :  11:00 pagi – 2:00 petang
Tempat : Wad KK3, Hospital Kuala Lumpur

Tetamu kehormat   :  

  • YBhg. Datuk (Dr.) Hafsah Hashim
    Ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia

 

SME Corp. Malaysia, melalui Kelab SME Corp. Malaysia, Kelab IRIS SME Corp. Malaysia dan AKRAB (Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam) SME Corp. Malaysia, telah mengadakan satu lawatan amal ke Wad Kanser Kanak – Kanak di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 7 Mac 2017, sebagai salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat. Program ini merupakan kesinambungan dari sumbangan yang telah disalurkan melalui program Cancer Care - “Pledge a Pen Project” yang telah dianjurkan oleh Persatuan Ibubapa Anak – anak Sakit Kanser Malaysia (PIBAIK) dan Pertubuhan Pusat Pembangunan Ekonomi Wanita Pakistan Malaysia (PAKNITA) di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada 28 Februari 2017 yang lalu.

 

Bagi meringankan beban mereka yang memerlukan, SME Corp. Malaysia bersama-sama PAKNITA dan PIBAIK telah membantu mendapatkan sumbangan untuk disalurkan kepada kanak-kanak sakit kanser melalui hasil dari jualan amal yang diadakan ketika Majlis Perasmian Program Cancer Care serta hasil sumbangan warga kerja SME Corp. Malaysia.  Penyampaian cek sumbangan daripada SME Corp. Malaysia telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk (Dr.) Hafsah Hashim, Ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia dan disalurkan kepada PIBAIK sewaktu majlis penyerahan cek yang diadakan di HKL hari ini.

 
     
     

YBhg. Datuk (Dr) Hafsah Hashim, Ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia bersama-sama dengan maskot rasmi KFC "Chicky" memberikan KFC kepada kanak-kanak di Wad KK3, Hospital Kuala Lumpur

 

   
 

YBhg. Datuk (Dr) Hafsah Hashim, Ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia menerima borang pendaftaran Anak-anak angkat daripada Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser (PIBAIK) En Amin Ali Haji Sidik  

 
 
   


YBhg. Datuk (Dr.) Hafsah Hashim, Ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia bersama-sama dengan Adik Syamimi Nadira yang turut berkongsi pengalaman beliau melawan penyakit kanser yang telah dihidap pada tahun 2011


 
 

Sekitar Lawatan Amal yang telah di disertai oleh Pihak Pengurusan dan kakitangan SME Corp. Malaysia di Wad KK3, Hospital Kuala Lumpur

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI