Tarikh : 10 Julai 2017, Isnin
Tetamu kehormat :
Objektif Program
Menampilkan pelakon-pelakon seperti Saharul Ridzuan, Ummi Nazeera, Ruhainies, Hafreez Adam, Afifah Nasir, Kaza dan Haleeda, drama terbitan SME Corp. Malaysia dan Suhan Movies ini bakal menemui para penonton bermula 1 Ogos 2017, jam 12:00 tengah hari di mana drama mini bersiri ini akan bersiaran sebanyak 3 kali seminggu pada hari Selasa, Rabu, dan Khamis di saluran Youtube rasmi Chor & Chah.
Memandangkan sambutan dan respon yang positif yang telah diterima oleh SME Corp. Malaysia berkenaan penerbitan drama ini, SME Corp. Malaysia akan meneruskan penerbitan drama bagi musim kedua yang akan bermula pada akhir Julai dan dijangka ditayangkan pada Oktober 2017. Musim kedua drama mini bersiri Chor & Chah ini akan memfokuskan kepada bantuan pengembangan perniagaan dan insentif eksport yang disediakan kepada para usahawan. Antara agensi-agensi yang akan terlibat dalam musim kedua adalah Credit Guarantee Corporation (CGC), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Telekom Malaysia (TM), MAMPU, SME Bank, Platcom Ventures, Tekun Nasional dan MATRADE.
|
||
|
||
YB Dato’ Seri Ong Ka Chuan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) II dan YBhg. Tan Sri Ir. (Dr) Mohamed Al Amin Haji Abdul Majid, Pengerusi SME Corp. Malaysia menyampaikan ucapan sewaktu Majlis Riang Ria Aidilfitri SME Corp. Malaysia dan Majlis Pratonton Drama Mini Bersiri Chor & Chah |
||
YB Dato’ Seri Ong Ka Chuan, Menteri MITI II diiringi oleh YBhg. Tan Sri Ir. (Dr.) Mohamed Al Amin Haji Abdul Majid, Pengerusi SME Corp. Malaysia, YBhg. Datuk (Dr) Hafsah Hashim, Ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia dan YBhg. Datuk Rosyam Nor, Pengarah Urusan Suhan Movies melancarkan sesi pratonton Drama Mini Bersiri Chor & Chah |
||
Tetamu-tetamu kehormat yang hadir turut memberikan sumbangan duit raya kepada Anak-Anak Yatim daripada Rumah Anak-Anak Yatim Darul Shifa |
||
YB Dato’ Seri Ong Ka Chuan, Menteri MITI II, YB Datuk Chua Tee Yong, Timbalan Menteri (Perdagangan) MITI, YBhg. Tan Sri Ir (Dr) Mohamed Al Amin Abdul Majid, Pengerusi SME Corp. Malaysia, YBhg. Datuk Seri J.Jayasiri, Ketua Setiausaha MITI, YBhg. Datuk (Dr) Hafsah Hashim, Ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia dan YBhg. Datuk Rosyam Nor, Pengarah Urusan Suhan Movies bergambar bersama-sama dengan barisan pelakon dan krew Drama Mini Bersiri Chor & Chah. |
||