Bahasa: Lain-lain

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 (HUB2018)

 

Tarikh                        :    30 – 31 Mac 2018, Jumaat – Sabtu
Tempat                      :   Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Tetamu Kehormat     :    YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
                                      Perdana Menteri Malaysia
                                            
                                      YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed
                                      Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
                                            
                                      YB Datuk Seri Ahmad bin Haji Maslan
                                      Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui agensinya SME Corp. Malaysia telah menganjurkan Himpunan Usahawan Bumiputera (HUB) 2018 di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Penganjuran HUB 2018 selari dengan langkah untuk mentransformasikan perniagaan PKS termasuk PKS Bumiputera ke arah pendigitalan. HUB 2018 ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Program ini mengumpulkan 14,000 PKS Bumiputera dari seluruh negara yang terdiri daripada ahli-ahli di bawah naungan pelbagai persatuan dan pertubuhan berkaitan keusahawanan dan PKS serta menyediakan platform jaringan perniagaan yang efektif di kalangan usahawan bumiputera di Malaysia, mempromosikan produk dan perkhidmatan PKS, menyebarkan maklumat mengenai pelbagai insentif dan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan serta memberi idea dan inspirasi kepada usahawan baharu.

HUB 2018 ini turut mendapat kerjasama agensi lain seperti TERAJU, MDEC, MIDF, SME Bank, Bank Rakyat, Boost, Naza, Microsoft, Huawei, Bosseven Group, SYM, DRB-HICOM, Johor Corporation, KPJ Healthcare Berhad, ABX Express, Grab, TEKUN Nasional, Petronas, Hyraxoil Sdn. Bhd., Mydin, Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd. dan MKRS Bumi (M) Sdn. Bhd.

 

 

Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman SME Corp. Malaysia bersama Axiata Digital Ecode Sdn. Bhd., Johor Corporation, MARA, MAS, PETRONAS, PUNB dan Tabung Haji disaksikan oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri MITI,YB Datuk Seri Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri MITI dan YBhg. Tan Sri Ir. (Dr.) Mohamed Al Amin Haji Abdul Majid, Pengerusi SME Corp. Malaysia.

 

 

YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia diiringi YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri MITI, YB Datuk Seri Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri MITI dan YBhg. Tan Sri Ir. (Dr.) Mohamed Al Amin Haji Abdul Majid, Pengerusi SME Corp. Malaysia menyempurnakan majlis penyampaian 4 anugerah iaitu Anugerah Penjaja dan Peniaga Kecil Bumiputera, Anugerah Usahawan Belia Bumiputera, Anugerah Usahawan Wanita Bumiputera dan Ikon Usahawan Bumiputera.

 

 
 

Sesi perkongsian maklumat dan pembangunan perniagaan oleh Professor Datuk Dr. Muhaya semasa Program Young CEO Summit.

 

 

Sesi Interaksi Khas di antara Kementerian dan PKS Bumiputera iaitu Kapsul@HUB bersama  YB Tan Sri Noh Haji Omar, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YB Dato’ Seri Dr. Hilmi Haji Yahaya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan YBhg. Datuk Muez Abd. Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

 

   

YBhg. Datuk (Dr.) Hafsah Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp. Malaysia bersama Encik Rizal Nainy, Timbalan Ketua Eksekutif I, SME Corp. Malaysia melawat Karnival Satu Daerah Satu Industri (SDSI) yang turut dianjurkan sempena HUB 2018.

   

Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah oleh YB Datuk Seri Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri MITI diiringi YBhg. Datuk (Dr.) Hafsah Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp. Malaysia, Encik Rizal Nainy,Timbalan Ketua Eksekutif I, SME Corp. Malaysia serta Encik Mohd Rithaudden Makip, Timbalan Ketua Eksekutif II, SME Corp. Malaysia.

 

   

Sesi Sembang Usahawan yang dikendalikan oleh Fara Fauzana (Moderator) bersama ahli panel yang terdiri daripada Shuib Sepahtu, Sarah Raisuddin, Caprice dan Majdi Ramlee.

 

   

Demonstrasi Hair Styling oleh Joe Barbershop di Karnival Jom Niaga

 

Pertandingan Karaoke juga turut berlangsung di Karnival Jom Niaga

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI